in

Majikan Mabukkan Pekerja Semata-Mata Untuk Perkosa Dalam Stor Kedai Runcit di Sabah

Ft Rog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah la tengah susah nak cari kerja sekarang, dah dapat kerja, majikan pula ambil kesempatan.



Nasib malang ini menimpa seorang wanita yang dirogol oleh majikannya dalam stor kedai runcit di Sabah.

Menurut Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, mangsa tidak sedar dirinya diperkosa dan hanya berasa sakit di bahagian belakang dan kemaluan apabila tersedar daripada mabuk.

Kurang ajarnya aniaya pekerja sendiri!

Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan diberikan minuman keras oleh majikan sehingga menyebabkannya menjadi khayal lalu dirogol oleh majikan yang juga dalam keadaan khayal pada ketika itu.

“Mangsa dirogol di dalam stor kedai runcit pada waktu bekerja sebelum mangsa dibayar gaji pada hari sama.

Eh panaslah min majikan dia boleh buat tak bersalah je bayar gaji macam tak ada apa jadi!

Mangsa dikatakan pengsan akibat luka di bahagian alat sulit  turut mengalami pendarahan yang serius akibat dirogol lelaki warga Pakistan itu. 

Capture ..... 1

Kejadian itu akhirnya terbongkar apabila mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai-Sungai dan pemeriksaan doktor mendapati adanya kesan koyakan pada kemaluan mangsa serta berlakunya pendarahan yang serius, lapor Berita Harian.

Bayangkan betapa teruknya sampai mangsa tak sedarkan diri!

Susulan kejadian ini keterangan dari mangsa telah diambil dan majikan kejam itu telah ditahan reman mengikut Seksyen 117 KPJ bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Geram betul lah min, harap-harapnya dia kenalah hukuman setimpal biar meringkuk dalam penjara pun tak apa!

 

Baca : Nigeria Luluskan Hukuman Bunuh & Mandul Untuk Perogol Di Negara Itu

Capture .....

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.