in

“Mahu persekitaran yg selamat, bebas Covid-19” – Kerajaan Setuju Beri Vaksin Percuma Kepada Semua Warga Asing

Ft Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan bersetuju untuk memberikan suntikan vaksin secara percuma kepada semua warga asing yang menetap di Malaysia. Itu pengumuman dari Pengerusi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin selepas Mesyuarat Kabinet bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan melalui satu kenyataan media, semalam.


Kj

Menurut Kosmo, mereka merangkumi diplomat, ekspatriat, pelajar, pasangan dan anak, pekerja asing, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) serta warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah.

Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam bersetuju supaya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan bermula pada penghujung bulan ini turut membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.”

Ini membabitkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia. Antara faktor berkenaan adalah persekitaran selamat serta bebas Covid-19 hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk Malaysia diberikan vaksin.”

Selain itu, dalam tempoh pandemik, pemberian vaksin adalah langkah berperikemanusiaan serta rekod jumlah pesakit yang ramai menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing terutama sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan.”

Vaksin2

Antara faktor lain adalah:

  • kos rawatan dan kuarantin pesakit Covid-19 yang tinggi daripada jangkitan kluster pekerja asing
  • mereka sudah menjadi sebahagian daripada komuniti masyarakat
  • mereka turut menyumbang kepada ekonomi negara
  • akses bekalan vaksin Covid-19 mencukupi, malah melebihi jumlah rakyat Malaysia yang layak menerima

Asing2

Malah, mesyuarat kabinet juga mengambil kira layanan sebahagian negara luar yang turut memberikan vaksin kepada warganegara Malaysia yang berada di negara mereka.”

Keputusan ini memudahkan pemberian vaksin kepada bukan warganegara dan membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.”

Bagaimanapun, warganegara Malaysia tetap menjadi keutamaan dalam pemberian vaksin Covid-19. Maklumat dan jadual pemberian vaksin kepada warga asing bakal diumumkan nanti.

Baca kenyataan media di bawah:

 

Baca: PM Tawar Jadi Individu Pertama Disuntik Vaksin COVID 19, Mahu Yakinkan Rakyat Vaksin Selamat & Berkesan

Suntik Pertama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.