Seorang lelaki di Brazil, Junior Bevilaqua yang tidak mendedahkan umurnya ini melabelkan dirinya sebagai patung ‘Ken’ di dunia nyata.
Kalau ada yang tidak mengenali siapa ‘Ken’, ia merupakan watak patung lelaki yang menjadi pasangan kepada anak patung ikonik seluruh dunia iaitu Barbie.
Menurut Daily Star, Junior telah berbelanja sekitar USD80,000 atau hampir RM363 ribu untuk mendapatkan wajah dan bentuk badan seperti Ken tersebut.
Model dan juga pelakon yang mendapat jolokan Ken versi Brazil berkenaan mendedahkan dia telah menjalani pelbagai prosedur pembedahan bagi merealisasikan impiannya tersebut.
Tambahnya lagi, sejak beberapa tahun lalu, dia telah menjalani kira-kira 80 prosedur pembedahan, baik untuk tujuan touch-up mahupun pembedahan ekstrem dan bercadang untuk mendapatkan beberapa lagi pembedahan.
Jelasnya lagi, dia telah menjalani pembedahan liposuction iaitu untuk membuang lemak, dua pembedahan hidung dan pembedahan untuk membentukkan semula rahang.
Dalam masa yang sama, dia juga mengakui akan menjalankan prosedur ‘touch-up’ setiap bulan bagi mengekalkan penampilannya termasuklah mendapatkan suntikan Botox dan lain-lain.
Minat masing-masing kan, ada yang sanggup berhabis ratusan ribu untuk kepuasan diri sendiri.
Baca : “Cat pink habis stok!”- Ini 7 Fakta Menarik Tentang Filem Barbie Yang Bakal Tayang Bulan Ini