in

“Cat pink habis stok!”- Ini 7 Fakta Menarik Tentang Filem Barbie Yang Bakal Tayang Bulan Ini

F3 Fakta Filem Barbie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat patung Barbie, tak kira tua atau muda sudah tentunya tak sabar menunggu bulan Julai kerana pada bulan ini, filem Barbie lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling bakal ditayangkan di Malaysia.

Dalam keterujaan anda untuk menonton filem komedi fantasi itu, apa kata korang baca terlebih dahulu fakta-fakta menarik tentang filem arahan Greta Gerwig ini.


#1 Dengar kata sampai cat warna merah jambu habis stok gara-gara filem ni? Biar betul!

Menurut BuzzFeed, pereka set filem itu, Katie Spencer dan pengarah, Greta Gerwig mendedahkan menerusi video Architectural Digest bahawa set filem itu telah direka persis seperti rumah mainan Barbie (Barbie Dreamhouse) dan sudah tentu ia dicat dan dihias dengan warna merah jambu fluorescent fuchsia. 

Disebabkan terlalu banyak warna pink yang digunakan, filem itu dikatakan telah menyebabkan kekurangan stok warna berkenaan di peringkat global.

#2 Babak kasut tumit tinggi dilakukan sendiri Margot Robbie tanpa bantuan CGI 

Babak kasut tumit tinggi ini mula tampil dalam trailer pertama filem Barbie dan ia telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat sebab ramai yang nak tahu bagaimana babak itu dirakam.

Margot Robbie mendedahkan bahawa kaki dalam babak itu adalah kakinya dan dia hanya merakamkan babak itu sebanyak lapan kali sahaja untuk mendapatkan hasil akhir yang sempurna.

@fandango

Margot Robbie breaks down the high heel scene from the #BarbieTheMovie trailer in our latest BigTicketInterview. Don’t miss #Barbie only in theaters July 21! 👠💕 #margotrobbie #movietok #filmtok

♬ original sound – Fandango

Menurutnya lagi, tapak kasut tumit tinggi itu telah ditampal dengan double sided tape agar ia tidak terjatuh ketika rakaman.

Margot juga mengatakan dia memegang pada palang besi untuk babak itu agar dirinya lebih stabil.

Memang flexible betul kaki dia! 

#3 Anak pencipta patung Barbie ada buat kemunculan dalam filem ini 

Dalam preview filem ini, watak utama iaitu Barbie ada bertemu dengan seorang wanita tua.

Rupanya, wanita tua tersebut ialah Barbara Handler, yang merupakan anak kepada pencipta patung Barbie, Ruth Handler.

7 2

Untuk pengetahuan semua, Ruth Handler mendapat inspirasi untuk mencipta patung Barbie daripada anaknya Barbara.

Ruth menamakan patung ciptaannya itu Barbie, sempena nama anaknya Barbara.

#4 Pelakon-pelakon filem ini telah menjalani bootcamp Barbie sebelum memulakan penggambaran 

Sekitar tahun 2018 dan 2019, para pelakon filem ini telah menghadiri kursus atau bootcamp Barbie sebelum memulakan penggambaran.

Difahamkan, bootcamp tersebut menjelaskan kepada para pelakon tentang sejarah dan kisah serta fesyen di sebalik patung Barbie.

Barulah setiap pelakon dapat menjiwai watak masing-masing kan. 

#5 Outfit pertama dalam filem Barbie adalah pakaian daripada patung Barbie original tahun 1959 

6 1 2

#6 Kalau anda perasan, almari pakaian Barbie dalam filem ini direka persis seperti kotak mainan Barbie yang dijual di pasar raya dan kedai mainan seperti Toys”R”Us

#7 Barbie dalam filem ini turun ke tingkat bawah rumahnya untuk menaiki kereta dengan cara terapung dan bukannya berjalan

Ini kerana menurut pengarahnya, jika anda masih ingat ketika kecil-kecil dulu, kanak-kanak yang bermain dengan patung Barbie akan memindahkan patung mainan itu dengan cara tersebut.

Memang betul-betul mengimbau zaman kanak-kanak kita kan. Tak sabar nak tengok Barbie yang akan ditayangkan pada 20 Julai nanti! 

Baca: “Ai yai yai”- Ini Rupanya Lirik Lagu Yang Sering Dimainkan Di Handphone Mainan Dulu-dulu

F3 Ay Yai

Sumber: BuzzFeed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.