in

Mahu Bermalam Bersama Kekasih Duda Di Rumah, Ibu Tunggal Sanggup Suruh 2 Anak Balik Kampung

ibu tunggal nak bersama duda suruh anak balik kampung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Taktik seorang wanita berstatus ibu tunggal yang menyuruh dua anaknya pulang ke kampung demi bermalam bersama kekasihnya, akhirnya terbongkar selepas rumahnya diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Pemeriksaan dilakukan oleh pihak JAINJ hasil daripada aduan penduduk kampung di Kota Tinggi, mendapati ada seorang lelaki berstatus duda berusia lingkungan 50-an bersamanya.


Wanita itu berusia lingkungan 40-an dan mempunyai dua anak berusia belasan tahun, manakala kekasihnya itu tiada anak tetapi tinggal dan turut bermastautin di daerah sama.

Artikel berkaitan: Atuk Umur 81 Tahun Dicekup Berkhalwat Dengan Wanita Umur 69 Tahun

Artikel berkaitan: Pelajar IPT Dicekup Berkhalwat, Beri Alasan Sedang Ulang Kaji Pelajaran Dalam Kereta

Beri alasan nak makan mi segera

Menurut JAINJ, wanita terbabit membuka pintu rumahnya selepas lima minit pintu diketuk dengan rumah dalam keadaan gelap.

Penguat kuasa kemudian menemui seorang lelaki berbaju T dan berseluar panjang duduk atas sofa di ruang tamu.

“Penguat kuasa memeriksa bilik pertama dan kedua yang dikatakan bilik anak yang pada ketika itu kosong. Pemeriksaan di bilik utama mendapati keadaan katil, tilam dan cadar berselerak.

“Apabila ditanya apa tujuan lelaki itu datang, dia menjawab datang untuk makan mi segera dan tak buat apa-apa.

“Alasan itu tidak boleh diterima, kalau setakat mi segera, di rumah sendiri pun boleh buat,” kata JAINJ.

Screenshot 2025 11 07 130809

Anak tahu perangai buruk ibu tetapi terpaksa diam

Menurut kejiranan di situ, sebenarnya sudah lama pasangan terbabit melakukan kegiatan terbabit tetapi penduduk tidak mahu terus mengadu kepada pihak berkuasa kerana mahu mengambil pendekatan sendiri.

Mereka juga pernah menasihati wanita itu tetapi tidak diendahkan, lalu mereka mengambil keputusan untuk membuat aduan kepada JAINJ.

“Setiap kali wanita itu ajak pasangannya datang, dia akan suruh dua anaknya balik ke kampung datuk mereka tidak jauh dari situ. Bukan hari-hari, tetapi dalam seminggu kira-kira sekali atau dua kali. Anak tahu perangai buruk ibu mereka, namun terpaksa mengikut kemahuannya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.