Tarikh mengundi makin lama makin dekat. Calon bagi parti masing-masing sekarang konfem tengah berdebar-debar. Dan semestinya, calon-calon sekarang tengah busy berkempen sana sini untuk dapatkan kepercayaan daripada rakyat. Masing-masing ada cara yang tersendiri, dan berjaya atau tidak kita akan tengok nanti.
Tun M tak ambil peduli berita sana sini, terus berkempen
Tak ketinggalan, bekas Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Dr Mahathir, juga sedang bergiat aktif berkempen untuk memenangi hati rakyat. Sejak dua menjak ini ada sahaja berita yang kita dengar tentang beliau, sama ada berita baik mahu pun sebaliknya. Tapi beliau langsung tak ambil peduli dan terus berkempen dengan rakan-rakan.
Namun semalam, Prima Entertainment Press ada publish video berdurasi 19 minit di Youtube dengan tajuk Terkini Tun Mahathir: Video Penuh Sidang Media Pakatan Harapan.
Mahu rakyat tonton Pesanan Perdana
Difahamkan, motif utama rakaman itu dibuat adalah untuk seru semua rakyat Malaysia supaya tonton Pesanan Perdana oleh Tun Mahathir secara live pada 8 Mei ini, iaitu sehari sebelum tarikh mengundi.
Menerusi video itu, Tun Mahathir ada memaklumkan bahawa beliau mahu tontonan tersebut ditonton lebih daripada 10 juta rakyat, dan Pesanan Perdana itu merupakan kata-kata terakhir Tun Mahathir sebelum hari pilihan raya.
Sasar anak muda untuk tonton
Tun Mahathir juga mensasarkan anak-anak muda majoritinya untuk menonton Pesanan Perdana tersebut. Dalam pada itu, beliau juga ada jelaskan soal pesawatnya yang disabotaj oleh pihak tertentu. Pengumuman tentang Pesanan Perdana itu hanya dibuat beberapa minit sahaja dan selebihnya hanya sesi soal jawab.
Haa jadi bagi sesiapa yang belum tonton pengumuman tu lagi, korang boleh lah tonton video tersebut di bawah ini.
So korang jangan lupa tengok Pesanan Perdana daripada Tun Mahathir ni!