Hari ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah melaksanakan writ penyitaan dan penjualan harta usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kerana gagal membayar pampasan sebanyak RM 200,000 oleh OWA Resources Sdn. Bhd.
Perintah pelaksanaan itu dijalankan pukul 10.30 pagi tadi di rumahnya yang terletak di Kota Damansara, Selangor.
Abaikan perintah mahkamah
Dalam satu kenyataan, tindakan menyita itu dibuat susulan dengan kegagalan usahawan tersebut membayar jumlah penghakiman pada bulan Disember tahun 2020. Ia dibuat oleh Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle Sajat.
Menurutnya lagi, Sajat tidak memberi sebarang respon untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan beliau membayar gantirugi kepada OWA Resources.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili mereka berdua berkata, anak-anak guam fokus untuk mendapatkan pampasan yang diarahkan dibayar oleh mahkamah.
“Writ penyitaan dan penjualan telahpun ditampal di premis defendan pada hari ini dan jika pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini.”
“Sekiranya jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang telah disita hari ini, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset-aset lain yang boleh disita dan dijual.”
Barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.
Baca : Harith Iskander Tersenyum Bila Dapat Tahu Sajat Dipanggil Jadi Tetamu The Ellen Show