in

“Macam nak bagi kucing” – Netizen Kritik Cara ADUN Sedekah Ikan, Dakwa Hina Orang Miskin

Ft Adun Agih Makanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah dikecam kerana mempertikaikan Menu Rahmah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat sekali lagi dipertikai netizen kerana caranya dalam membuat agihan ikan tongkol kepada orang awam.

Tindakan itu tular pada Ahad lepas menerusi satu rakaman video dan di muat naik di TikTok, Sinar Harian melaporkan bahawa warganet mempertikaikan niat murni Hanafiah kerana mereka labelkan tindakan itu seperti menghina golongan miskin dalam agihan ikan percuma.


 

Bagi ikan tak ada plastik

Video ini turut tular di Twitter dan meraih 7,771 julah retweets dalam masa 18 jam sementara di tempat asal iaitu TikTok telah meraih lebih 100K jumlah tontonan dalam masa 20 jam ia dimuat naik.

@hajihanafiahmat

Bila settle doh urusan rakyat, kita cuba create lagi sesuatu benda untuk manfaat kepada mereka. Boleh beri sekor serumoh je deh untuk warga PPRT di Paya Berenjut, Kg Besut 2 dan Bakau Tinggi untuk wat buka pose katrang. #ybc #fyp #2023 #ramadan

♬ Setia Berbalas Dusta – Arief

Pastinya ia tular dan dipertikai oleh netizen, mereka menyifatkan cara memberi seekor ikan tanpa beg plastik itu seolah-olah macam nak bagi kucing makan.

Bagi kucing makan pun biasanya ada berlapik – Netizen

Hanafiah Hanafiah 2 Hanafiah 4 Hanafiah 5

Berikutan dengan tersebar luas video tersebut, Hafiah ada tampil memberilan respon dengan mengatakan bahawa itu adalah kebiasaan buat orang-orang Terengganu.

Orang Terenggau dah terbiasa – Hanafiah

Screenshot 2023 03 27 140109

“Sebenarnya agihan ikan aya dengan tidak menggunakan plastik sudah menjadi kebiasaan di Terengganu. Ia dilakukan dari rumah ke rumah. Tak perlu datang ambil, kita hantar. Saya pun pernah buat agihan serupa sebelum ini dan tak timbul sebarang masalah.”

Disebabkan itu, Hanafiah mengatakan dia terfikir untuk tidak memberikan beg platik kerana saiz yang besar Hanafiah juga menjelaskan caranya itu boleh memulihara alam sekitar.

Screenshot 2023 03 27 140159

“Jadi, saya tak terfikir untuk letak ikan itu dalam plastik kerana ia sudah besar dan mereka yang dapat ikan itu boleh terus masak. Bagi saya tiada masalah buat agihan begitu ke setiap rumah.

“Melainkan jika ikan yang diberikan itu ikan selayang atau ikan kembung. Mestilah kita masukkan dalam plastik dahulu kerana saiznya lebih kecil,”ujarnya.

Jelasnya Hanafiah lagi, beliau yang merupakan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu berkata, beliau dengan tenang menerima segala kecaman dan tohmahan.

Baca : Nafi Persenda Menu Rahmah, Exco Terengganu Dakwa Memang Suka Makan Nasi Begitu

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.