in

“Macam mana boleh masuk dik…” – Budak 3 Tahun Tersangkut Celah Tong Gas, Abang Bomba Tolong Selamatkan

budak tersangkut celah tong gas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mencuri tumpuan ramai gara-gara dua kakinya tersangkut di celah tong gas sehingga terpaksa dibantu oleh pasukan bomba.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, disebabkan keluarga kanak-kanak itu tidak berjaya mengeluarkan mangsa, mereka terus membawanya ke Balai Bomba (BBP) Pasir Gudang.


“Proses keluarkan kanak-kanak itu mudah. Rupa-rupanya keluarga tidak berjaya keluarkan kerana dia mengeraskan kaki tidak mahu keluar dari tong gas terbabit.

“Bila tiba di BBP Pasir Gudang, anggota bomba dapat mengeluarkannya selepas memujuk supaya dia lembutkan badan dan kaki,” katanya.

@dhiya.zainal

terima kasih Abg akak bomba Pasir gudang berusaha mengeluarkan Dak ncem hariz.sgt cekp Dan efisyen..aduhai ank bertuah ummi ayah..pemgalaman sugguh..panjang akalmu nak dibuatye baby seat tong gas Petron tu.. #bombapenyelamatpasirgudang #muhammadharizalhakim #anakbertuahummiayah

♬ original sound – Dhiya Zainal – Dhiya Zainal

Artikel berkaitan: Kanak-kanak Lelaki 8 Tahun Berdepan Detik Cemas, Tersekat Dalam Tempayan Ketika Mandi

Artikel berkaitan: “Macam mana ko masuk dalam tu dik” – Gara-gara Nak Ambil Mainan, Budak 3 Tahun Tersangkut Dalam Mesin Basuh

Kejadian berlaku dalam kereta

Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak terbabit memaklumkan mereka sudah berusaha mengeluarkan anaknya hampir 10 minit, namun gagal sebelum ke BBP berhampiran.

“Sebenarnya kejadian itu dalam kereta, tong gas sudah kosong dan saya mahu beli yang baharu. Dia duduk di tempat duduk belakang bersama kakaknya yang juga juga tidak perasan sehingga adiknya itu tiba-tiba dia mengadu sakit.

“Bila saya toleh ke belakang, dia sudah duduk di celah tong gas dan tak boleh keluar, saya tak berani terus keluarkan sebab dia tersangkut pada bahagian tulang pinggul.

“Saya risau kakinya patah lalu terus bawa dia ke balai bomba. Alhamdullillah, dengan kecekapan anggota bomba, dia berjaya dikeluarkan,” katanya.

Dalam pada itu, dia mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba yang berusaha mengeluarkan anaknya.

Sumber: Berita Harian, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.