in

Macam Makan Nasi! Lelaki Indonesia Ini Makan 4 Bungkus Garam Demi Video TikTok

Cats 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harus kita akui, sesetengah remaja zaman sekarang lebih mementingkan populariti berbanding keselamatan dan harga diri. Malah, ada yang sanggup melakukan ‘challenge’ terkini hanya untuk mengikuti perkembangan semasa.


Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang menunjukkan seorang ‘influencer’ dari Indonesia melakukan cabaran yang diberikan oleh pengikutnya.

1 12

2 5

Anggun Supriardi dicabar untuk menghabiskan 4 bungkus garam tanpa mencampurkan dengan makanan lain. Sebagai balasan, dia akan diberikan wang 30 juta Rupiah (RM8,573) jika berjaya melakukan cabaran tersebut.

@anggun_supriadi

Balas @anggun_supriadi IG:anggunsupriadi123 #fyp #fyp #trending #viral #viral6

♬ original sound – anggun✨ – anggun✨

Dalam video tersebut, Anggun mengoyakkan 4 bungkus garam dan meletakkannya di atas sebuah pinggan. Lalu, dia menyuap satu persatu sudu garam ke dalam mulutnya, seolah-olah sedang memakan nasi.

Agak mengejutkan apabila Anggun berjaya menghabiskan 4 bungkus garam tersebut dalam masa yang sangat pantas. Ketika artikel ini ditulis, video Anggun sudah pun mencapai 21.3 juta jumlah tontonan.

Bagaimanapun, video ini mengundang rasa kurang senang netizen yang beranggapan ‘challenge’ ini hanyalah mengundang padah kepada diri sendiri.

A

B

“Demi uang, badan jadi korban”, ujar salah seorang netizen di ruangan komen. Malah, ramai juga yang menegur makan garam berlebihan akan menyebabkan darah tinggi.

Pelik-pelik betul challenge zaman sekarang.

 

BACA: Ikut Trend TikTok Tak Pakai Bra, Sekumpulan Gadis Berhijab Indonesia Dikecam Netizen

Cats 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.