Umum mengetahui mantan Menteri Hal Ehwal Agama dan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mempunyai laman web gaya hidup muslim, Maktabah Al-Bakri.
Dalam laman web berkenaan terdapat satu bahagian soal jawab yang dibuka kepada awam untuk bertanyakan perihal agama dan fardhu ain.
Salah satu soalan yang diterima Dr Zul baru-baru ini ialah hukum memakan tapir, menerusi laman Twitter miliknya mantan Menteri Agama itu hairan dengan selera umat Islam ketika berpuasa ini namun masih menjawab persoalan tersebut.
Macam-macam selera orang kita bulan puasa ni. https://t.co/qExPZIiDbs
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) April 18, 2023
Ruangan replies tweet berkenaan, rata-rata ramai yang turut tertarik dengan pertanyaan individu berkenaan memandangkan haiwan itu agak mengelirukan dari segi pemakanan serta sifat fizikalnya.
Dalam Maktabah Al-Bakri, Dr Zul menjawab perkara itu dan mengesahkan haiwan tersebut halal untuk dimakan kerana ianya tidak mempunyai ciri-ciri haiwan yang haram dimakan seperti bertaring dan berkuku tajam.
Malah, haiwan berkenaan bukanlah haiwan pemangsa malah ia juga sejenis herbivor yang hanya makan tumbuhan dan pokok kecil.
Pun begitu, dalam kenyataan yang sama Dr Zul tidak menggalakkan pemburuan haiwan berkenaan memandangkan ianya spesis yang terancam.
“Dalam konteks kita sebagai rakyat Malaysia, sebaik-baiknya kita tidak terlibat dalam pemburuan tapir atau tenuk tersebut, sekalipun ia adalah halal.
Hal ini kerana menjadi tanggungjawab rakyat untuk taat dan menyokong ulil amri dalam hal-hal yang baik, di samping mengelakkan diri daripada disabitkan atau dikenakan tindakan undang-undang.
Apatah lagi, tapir termasuk dalam hidupan yang semakin pupus dan terancam. Justeru, menjadi tanggungjawab kita bersama dalam memastikan kelangsungannya buat generasi akan datang supaya dapat melihat dan mengenalinya,” tulisnya.
Memang halal, tapi kalau boleh tak perlu lah makan ya, banyak daging lain lagi sedap…
Baca: “Zahirkan kegagalan sistem rumah tangga Muslim” – Ini Komen Dr Zulkifli Pasal Filem Mentega Terbang