in

“Macam istana”- [VIDEO] Viral Di TikTok, Sekolah Alexandria Di Jawa Barat Ini Buat Ramai Ternganga!

Sekolah Alexandria Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, entah kenapa FYP di TikTok sering menunjukkan video-video sekolah di Indonesia yang telah dikongsikan oleh pengguna TikTok disana.


Walaupun ada antaranya yang seakan-akan sama keadaan dengan sesi atau para pelajar di sekolah di sini, perkongsian pengguna dengan nama lisa_pitriani yang menunjukkan dia dan adik-beradiknya kembali ke sekolah ini membuatkan ramai ternganga.

Mana tidaknya, perkongsian berkenaan sekolah islam ‘Alexandria School’ yang terletak di Bekasi ini kelihatan sangat mewah dan seakan-akan sebuah istana!

Alexandria School 1

Menerusi TikTok berkenaan, kelihatan sedikit ‘tour’ dilakukan oleh Lisa dan hal itu telah membuatkan ramai terpegun selain turut mengatakan bahawa ianya sekolah swasta dan hanya layak untuk ‘anak-anak sultan’.

@lisa_pitriantiKembali lagi sekolah setelah sekian lama Daring, baik2 disana para kesayangan miss U ♥️♥️##alexandriaislamicschool ##islamicschool ##fyp ##foryoupage♬ Little Mix – Hair – ??

Untuk pengetahuan, Sekolah Islam Alexandria ini terletak di Bekasi Timur, Jawa Barat ini hanya mempunyai peringkat SMA dan SMP selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti restoran, cafe, masjid, klinik, rumah tetamu dan lain-lain.

Student Activity Alexandria

“Maaf, kami hanya terima pelajar tempatan”

Namun, setelah menghubungi sekolah berkenaan untuk penerangan lanjut, mereka difahamkan hanya menerima pelajar tempatan.

Alexandria Whatsapp

Walaupun nampak sangat mewah, sebenarnya yuran yang dikenakan tidak semahal yang disangka, dan boleh dikatakan murah kalau dibandingkan struktur yuran sekolah swasta yang ada di sini.

Sebagai contoh, pendaftaran hanya 500 ribu rupiah iaitu sekitar RM150 dan yuran keseluruhan pengajian untuk setahun, hanya 43.5 juta Rupiah! Sekitar RM12,600!

Sorrylah kepada sesiapa dari Malaysia yang berangan-angan nak kesini tu…

Baca : “Macam istana!” – [VIDEO] Buat Majlis Kahwin Dekat Reban Ayam, Hasilnya Buat Netizen ‘Ternganga’

Fi Reban Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.