in

“Macam fasi dekat kem sekolah rendah” – Warganet Menyampah Tengok Juri Masterchef Indonesia Lempar Piring

Ft Juri Masterchef Indonesia Lempar Piring

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Program realiti TV Masterchef merupakan sebuah program masakan yang menampilkan barisan peserta-peserta bersaing dalam cabaran kulinari yang diberikan setiap minggu untuk memenangi gelaran chef terbaik.

Program yang asalnya ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 2010 kini dilihat berkembang ke negara lain, antaranya di Indonesia. Setelah lebih satu dekad ke udara, ia menjadi perhatian sampai ke mata warganet Malaysia apabila satu video ini tular di Twitter.


 

Lempar piring

Dalam video tersebut, salah seorang peserta yang dikenali sebagai Seto tampil menunjukkan hasil masakannya ke para juri, dia menghidangkan Udang Jamur Kucai bersama Nasi Honje. Namun begitu, baru sahaja dia letakkan hidangannya salah seorang juri, Chef Arnold menukar semua hidangan yang dibuat oleh Seto ke piring lain.

Secara tiba-tiba seorang juri lain, Chef Juna terus ambil piring lama yang berwarna biru itu dan lempar ke tepi sampai pecah bersepai. Menurut salah seorang peserta lain yang menyaksikan kejadian itu, ia berkemungkinan para juri tidak puas hati dengan keadaan pinggan yang tak bersih.

Difahamkan, kejadian ini berlaku pada tahun 2021, tapi ianya kembali tular di media sosial, dalam masa 12 jam dikongsikan, video ini meraih lebih 400 jumlah retweets.

Melihat video penuh kejadian, ternyata benar bahawa para juri tidak puas hati dengan keadaan piring yang kelihatan kotor. Setelah para juri menjamah makanan Seto, peserta ini menjelaskan bahawa dia tidak sempat lap dengan elok.

Bagaimanapun, Chef Arnold menjelaskan bahawa ia adalah alasan semata-mata, malah Chef Juna yang melemparkan piring itu menyatakan ia adalah satu perkara yang jijik untuk dihidangkan.

“Seto dengar sini baik-baik, tidak sempat lap, dengan pinggan yang terlihat seperti itu adalah dua perkara yang berbeza, kalau kamu tak sempat lap, kat tepi-tepi itu akan ada sisanya, ini jijik!”

“Kamu bagi kami makan, kamu masak itu adalah makanan, dignity kamu dimana? Intergriti kamu dimana? Kaki lima sahaja (kedai makan kaki lima) jauh lebih bersih daripada kamu.”

Screenshot 2023 04 07 124101

Dilihat juri, Chef Renatta juga bersependapat dengan mereka sebelum memberikan kritikan terhadap rasa makanan tersebut.

 

Masterchef Australia, juri sporting masuk air – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, tindakan itu dipertikai netizen, malah ada yang membandingkannya dengan program Masterchef Australia kerana juri yang sangat sporting dan lucu.

Screenshot 2023 04 07 124520 Screenshot 2023 04 07 124548 Screenshot 2023 04 07 124646 Screenshot 2023 04 07 124741 Screenshot 2023 04 07 124827

Walaubagaimanapun, ada netizen yang mengikuti program ini dengan mengatakan bahawa juri sebenarnya sudah pesan banyak kali bahawa plating yang buruk boleh dimaafkan tapi bukan jenis penuh dengan kesan cap jari.

Hurm, kalau tengok pun bukanlah juri tu sesuka hati lempar, niat mereka adalah untuk mengajar, bahkan mereka ada perjelaskan secara terperinci apa yang tak kena. Biarpun nampak drama, tapi peserta sekurang-kurangnya dapat belajar satu perkara baru.

Baca : Akauntan Berusia 29 Tahun Dari Johor Jadi Juara MasterChef Australia 2017!

Diana Chan

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.