in

Macam dalam drama” – Pengantin Perempuan Dapat Tahu Bakal Mertua Rupanya Ibu Kandungnya Yang Dah Lama Terpisah

Pengantin2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita akan tengok cerita-cerita macam ni dalam drama tv je, tapi tak sangka ia terjadi dalam realiti sebenar.


 

Wedding hampir batal bila mertua tahu ‘bakal menantu’ adalah anak kandung.

Long Lost Daughter 606C18B24Edd9

Hari bahagia buat si pengantin wanita ini berubah menjadi drama air mata apabila bakal ibu mertua dapat tahu bahawa bakal menantunya itu sebenarnya adalah anak kandungnya yang dah terpisah sejak 20 tahun lalu.

Ia mula disedari selepas si ibu menyedari ada tanda lahir dekat tangan wanita tersebut ketika hadir di majlis perkahwinan yang berlangsung di wilayah Jiangsu, Beijing, lapor Harian Metro.

Selepas melihat tanda lahir itu, si ibu berjumpa dengan ’emak’ pengantin wanita dan tanya samada bakal menantunya itu adalah anak angkat mereka sejak 20 tahun lalu.

Mereka jadi terkejut kerana selama ini ’emak’ pengantin rahsiakan hal ini dimana mereka menemui si pengantin wanita itu di tepi jalan dan membesarkannya.

Si pengantin perempuan itu gagal menahan air mata kerana dia sememangnya mahu ketahui mengenai hal keluarga kandungnya sejak sekian lama.

Disebabkan hal ini tersejadi, si pengantin menyifatkan ia detik indah daripada perkahwinannya sendiri.

Habis tu wedding cancel ke? Tak, ketika majlis perkahwinan itu nyaris dihentikan dek kerana berkahwin dengan adik beradik kandung, ada pula satu rahsia terbongkar daripada pihak lelaki.

 

Pengantin lelaki pun anak angkat

Fotojet 8 606C18B21C961

Si ibu kandung yang sepatutnya jadi ‘ibu mertua’ itu mendedahkan bahawa anak lelakinya (pengantin lelaki) itu juga adalah anak angkat. Jadi, majlis perkahwinan itu kemudiannya berlangsung sepertimana yang dirancang.

Sumber melaporkan bahawa, si ibu ini membuat keputusan mengambil anak angkat lain selepas berputus asa mencari anak mereka yang dah hilang tu.

 

Baca : “Dah macam hantu” – Pengantin Kongsi Kisah Disolek ‘;Buruk’ Masa Majlis, Siap Dapat Crown Berkarat Lagi!

Pengantin

Sumber: India Times
Sumber: India Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.