in

“Dah macam hantu” – Pengantin Kongsi Kisah Disolek ‘Buruk’ Masa Majlis, Siap Dapat Crown Berkarat Lagi!

Fi Mekap 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan, pasti mahukan penampilan mereka kelihatan sempurna ketika bersanding di atas pelamin.


Mana tidaknya kalau sudah bergelar raja sehari, mesti semua perhatian akan beralih pada mereka.

Maka, peranan mak andam itu sangat penting untuk memastikan pengantin kelihatan menonjol ketika hari bahagia tersebut.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila solekan daripada mak andam yang diupah ketika hari bahagianya hanya menimbulkan rasa geram dan kemarahan dirinya.

 

Mekap sambil lewa

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang wanita di aplikasi Facebook apabila dia didandan oleh seorang mak andam secara sambil lewa dan hasilnya membuatkan dia begitu kecewa.

Apa yang menarik perhatian apabila, status mak andam itu dikatakan mempunyai pengalaman lebih 31 tahun.

Perkongsian yang telah dimuat naik kurang daripada 24 jam ini telah meraih 5.7k likes sehingga kini.

Mekap 1

Mekap 2

 

Tak minta maaf

Menurut wanita ini lagi, dia bagaikan dianiaya apabila turut disediakan dengan crown yang rosak dan veil yang lusuh.

Dan apa yang lebih menyakitkan hati , segala mesej, WhatsApp tak dilayan dan bluetick saja yang diberikan mak andam itu.

“Assalamualaikum .dah lama pendam tunggu permintaan maaf dari dia selama 24jam tp yg dapat hanya bluetick sahaja. Entahlh sedih kecewa semua ada tak thu nak rasa apa bila kena aniaya mcm ni.” tulisnya

 

Dah tegur tak terima

Tambah wanita itu lagi, tiada langsung permohonan maaf yang diberi oleh pihak sana dan seolah-olah mereka tak boleh terima kenyataan apabila hasil kerja mereka dipertikaikan.

“Permintaan maaf bila ditegur langsung tak wujud ya dan tak boleh terima kenyataan. Tak boleh berbincang. Bagi crown yg dah reput teruk sentuh sikit pun boleh patah. Dgn veil yg dh colour lusuh putihnya. Tak thu lh nk cakap apa dh. Niat nk berbincang dgn baik tapi yg dapat ibarat dihalau” tambahnya

 

“Macam mana boleh kerja MUA”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan hasil ditunjukkan mak andam tersebut.

Selain itu, mereka turut bersimpati dengan nasib wanita itu apabila dapat hasil sebegitu selepas mengeluarkan modal yang besar.

Reak Mekap 1 Edit

Reak Mekap 2 Edit

Reak Mekap 3 Edit

 

MUA Bella nak tolong

Perkara ini bukan saja mendapat perhatian warganet, namun turut disedari oleh makeup artis terkenal, MUA Bella.

Melalui posting di facebook, dia meminta orang ramai untuk mencari wanita tersebut dan mahu menaja solekan serta busana pernikahan untuk wanita itu semula.

Mua Bella

Pada wanita yang nak berkahwin tu hati-hati ya, lebih baik mak andam yang nak diupah tu kita tahu hasil kerja mereka.

 

Baca : Selamat pengantin baru ex husband;- Ex-Wife Dijemput Isteri Baru Ke Majlis Kahwin Bekas Suami! Ini Yang Berlaku

Foot Mekap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.