Semalam, seorang anggota dari kumpulan Kpop terkenal BLACKPINK menjadi tumpuan ketika menghadiri sebuah acara dari pertunjukan fesyen daripada jenama eksklusif di Paris, menurut allkpop.com.
Semua peminatnya dari seluruh negara tertumpu dengan pakaiannya ketika sejurus sahaja sampai ke Chanel 2023 Spring Summer show.
Jennie tampil dengan gaun putih ‘satu bahu’ bersertakan jaket bersaiz besar, ia dipenuhi dengan tulis printed jenama pakaian tersebut, Chanel dan dipadankan dengan but hitam paras lutut.
JENNIExCHANELSS23
ชิคมากกก
JENNIE CHANEL TAKEOVER #JENNIExCHANELSS23 @CHANEL pic.twitter.com/tFdX7pcJxH
— ClaireVia (@Clarievia) October 4, 2022
#JENNIE at CHANEL Spring-Summer 2023 Show in Paris!#JENNIExCHANELSS23 pic.twitter.com/4w6kZjhpuF
— ?✨ (@jenniesrenes) October 4, 2022
?? so beautiful ????
JENNIE CHANEL TAKEOVER#JENNIExCHANELSS23 pic.twitter.com/rklQAMysE2— adorable J (@adorable__JS) October 4, 2022
Ramai netizen dari seluruh dunia begitu teruja dan terpegun dengan keterampilan Jennie yang dilihat begitu unik dan kagum dengan kecantikannya.
Sementara itu, peminat di Malaysia pula berpendapat lain terhadap pakaiannya, bukanlah benci tapi mungkin dah biasa kot tengok baju-baju macam ni.
I love her tapi baju tu macam Chanel Padang Besaq – Netizen
Rasanya sebagai orang Malaysia, mungkin ramai yang boleh relate kerana dah selalu sangat nampak pakaian-pakaian ciplak daripada jenama terkemuka.
I love her tapi baju tu macam Chanel Padang Besaq ? https://t.co/OagnMQv3EO
— Faliqfahmie Backup (@faIiqfahmie) October 4, 2022
Hurm, min tengok ok je pakaian dia, tapi komen-komen netizen ni buatkan minda jadi terganggu.