in

“Macam buang plastik jajan je” – Felo IPT Dakwa Jumpa Kondom Yang Telah Diguna Dalam Asrama Lelaki

Feature Image Kondom

Sekarang ni makin ramai kan penceramah bebas yang peka dengan isu semasa dan terus mendorong masyarakat ke arah yang lebih baik.

Terbaru seorang penceramah bebas yang dikenali sebagai Mohd Fadhli, telah berkongsi 2 keping gambar kondom yang telah digunakan di laman Facebook miliknya.

Posted by Mohd Fadhli on Ahad, 20 Oktober 2019

Menurutnya, kondom yang telah digunakan itu dijumpai oleh seorang felo sebuah IPT dan berada dalam tong sampah di kawasan asrama lelaki.

“Malam tadi seorang rakan aku hantar gambar ini. Dia seorang felo di sebuah IPT. Popular tak IPT ini? Shhhh.”

Tambahnya lagi, sebelum ni dia ada membuat pengisian mengenai Goodbye Pornography disebuah IPT dan baginya walaupun skop topik itu kecil tapi impaknya besar.

Dia berkongsi mengenai tiga perkara penting iaitu mentaliti ketagihan, putaran ketagihan dan cara keluar dari Ketagihan.

Menurutnya lagi perkara ini berlaku berkemungkinan disebabkan oleh ketagihan individu tersebut dalam melakukan onani.

“Antara punca berlaku suka sejenis adalah, apabila mereka yang ketagihan dah tak syok buat onani dengan tangan sendiri.”

“Maka mereka mencari objek atau mungkin tangan orang lain.” 

Dah beberapa kali terlanjur dengan wanita

Dia turut berkongsi mengenai pengakuan beberapa orang mahasiswa selepas selesai program tu.

“Habis sahaja program, beberapa orang mahasiswa mengaku tak boleh berhenti Ketagihan pornografi dan onani.”

“Seorang lagi telah beberapa kali terlanjur dengan wanita. Lebih menarik dia pandai pancing (grooming) wanita yang dia nak.”

Tambahnya lagi dia turut menyeru kepada mereka yang terlibat dengan gejala pornografi dan ingin mendapat rawatan boleh menghubunginya dan juga Malaysia Against Pornography kerana di sana ramai pakar psikologi dan kaunseling.

Namun ada juga netizen yang memberi komen mengenai pengalaman mereka terhadap isu ini.

Jumpa dalam tandas

Pengalaman 1
Sumber: facebook
Pengalaman 2
Sumber: facebook

Felo pun sama je!

Pengalaman 3
Sumber: facebook

Hmm, makin advance lah student zaman sekarang ni. Betul-betul dah tak malu ni!

 

Baca: “Ni mak jenis apa ni” – Ibu Paksa 2 Anak Bawah Umur Buat Seks Berdua Sebab BF Suka Tengok Child Porn

Kjj Hj