Hantaran IG Story daripada peserta termuda dari Malaysia bagi Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs malam tadi dilihat mencuri tumpuan netizen
Mesej perbualan antaranya dengan ibu bapa sebelum berdepan dengan rejim Israel telah meruntun hati ramai netizen.
Artikel berkaitan : Israel Siap Sedia Halang Kapal GSF, Ini Mungkin Apa Yang Akan Berlaku Terhadap Semua Aktivis
Artikel berkaitan : Malaysia Akan Bantah Keras Sekiranya Kapal GSF Dipintas – PM
“Maafkan salah silap adik”
Dalam salah satu gambar mesej, dilihat Haroqs sedang berbual dengan ibunya, dalam mesej tersebut, ibunya memberikan ucapan sayang buat juruvideo antarabangsa ini sebelum tidur.
Mesej itu kemudian dibalas Haroqs yang menggelarkan dirinya sebagai ‘adik’ dengan memberikan ucapan sayang bersertakan kata-kata semangat bahawa mungkin akan ada berita gembira pada esok pagi (hari ini).
Dalam gambar berikutnya, Haroq dilihat menghantar mesej kepada bapanya dengan menyatakan perkembangan terkini iaitu bakal berdepan dengan tentera Zionis sebelum memberikan ucapan sayang. Bapanya membalas agar Haroqs selamat dan berpesan untuk jaga diri.
Rasa sebak makin kian terasa apabila Haroqs memohon maaf atas salah silap dan minta dihalalkan segalanya.
etakat ini 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, ditahan tentera Israel selepas rejim Zionis itu memintas kapal berkenaan.
Sumber : Threads, Berita Harian