in

M Daud Kilau: 5 Fakta Tentang ‘Raja Gelek’ Malaysia Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita dikejutkan dengan berita pemergian Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau yang dilaporkan meninggal di Hospital Teluk Intan, Perak akibat jangkitan kuman dalam darah.

Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh selepas solat jenazah yang disertai hampir 400 jemaah.


Bagi mengenang M Daud Kilau, dekat bawah ni kita senaraikan beberapa fakta mengenai penyanyi veteren ni yang mungkin ramai tak tahu sebelum ini. Jom baca!

Artikel berkaitan: “Selalu nyanyi lagu Cek Mek Molek” – Cucu M Daud Kilau Kongsi Kenangan Bersama Arwah Atuk

1. Cebur diri dalam bidang nyanyian lepas menang pertandingan

R 7342514 1439337108 1092

Datuk M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Bin Kilau merupakan anak bongsu daripada 10 orang adik beradik.

Raja Gelek Malaysia ini mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas beliau berjaya menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis.

Bermula dari sini, beliau telah mendapat peluang untuk menjadi artis rakaman dan menghasilkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut sebelum berjaya menjuarai pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori Nyanyian Asli pada 1985.

2. Jahit baju labuci sendiri

Mdaudkilau1

Menurut teman seperjuangan, Datuk DJ Dave, Allahyarham suka menjahit baju labuci yang dipakainya ketika membuat persembahan. Malah, di belakang pentas juga dia turut menjahit pakaiannya itu untuk menghiburkan peminatnya.

Arwah akan siapkan baju yang dimahukan. Walaupun arwah boleh sahaja gayakan baju labuci lain, namun, demi menghiburkan peminat, beliau komited memberi yang terbaik.”

Kalau korang nak tahu, arwah mempunyai sebanyak 99 helai koleksi baju labuci yang dipakainya sepanjang menjadi seorang penghibur dan tak pernah memberikannya kepada sembarangan orang dan menolak tawaran beberapa pihak yang mahu menyewa bajunya ini.

3. Jumpa isteri melalui sekeping potret

Uma270982001C M Daud Kilau Ok Preview

Pada 27 September 1982, Utusan Malaysia pernah melaporkan bahawa sekeping potret M Daud Kilau telah menjadi punca penyanyi ini bertemu dengan gadis pilihannya, Rohani Awang Ngah yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang.

Menurut isterinya, dia telah memberikan potret wajah penyanyi tersebut hasil lukisan sahabatnya dan selepas itu mereka sering berutus surat sehingga menerbitkan bibit-bibit cinta yang membawa ke jinjang pelamin.

4. Terima darjah Datuk Paduka pada 1991

Ab67616D0000B2730575C0Bc8963882F3Ab6D9Fc

Kerana jasanya di dalam bidang hiburan, Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Shah telah mengurniakan Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) kepada M. Daud Kilau pada 1991.

5. Berhajat cari pengganti

M. Daud Kilau Raja 1

Tiga tahun lalu melalui temubual bersama utusan, M Daud Kilau memberitahu yang beliau sedang mencari orang yang berminat dan berkemampuan untuk menggantikan tempatnya sebagai raja gelek.

Perkara ini dimaklumkan selepas penyanyi ini meninggalkan dunia hiburan dan menetap di kampung untuk membuat amal ibadah selepas kesihatannya merosot akibat menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung.

Artikel berkaitan: “Syarat mesti tahu bergelek masa menyanyi”- M Daud Kilau Cari Pengganti, Mahu Tinggalkan Dunia Nyanyian & Fokus Ibadah

Sepanjang kerjayanya sebagai seorang penyanyi, M Daud Kilau telah pun menghasilkan sebanyak 15 album dan merakamkan pelbagai lagu termasuk Gurindam Jiwa, Gila Judi, Cubit-Cubit Sayang dan Cek Mek Molek.

Al-Fatihah…

Sumber: Berita Harian, Utusan, Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.