Tak semua orang dikurniakan bakat seni yang luar biasa seperti melukis atau mencipta lagu. Orang-orang yang kreatif macam ni selalunya boleh buat seni dengan mudah tak kira dalam apa jua situasi.
Kita yang tak kreatif dan berseni ni memang hanya mampu tengok dan kagum je la.
Namun, buat seorang lelaki di Hereford, England pula tiba-tiba memiliki bakat seni selepas terjaga daripada koma.
Menurut The Sun UK, lelaki yang dikenali sebagai Moe Hunter itu sebelum ini menghidap penyakit tuberculosis dan bacterial meningitis di bahagian otaknya.
Penyakit tersebut telah menyebabkan jatuh koma selama sebulan selepas menjalani pembedahan otak.
Walaupun selepas tersedar dari koma dia tidak ingat apa-apa, namun dia kini memiliki bakat seni.
Yang luar biasanya ialah, sebelum jatuh sakit, dia tidak pernah memiliki kemahiran langsung dalam bidang seni.
Lelaki yang berusia 38 tahun itu kemudiannya telah menggunakan bakat seni terbarunya itu sebagai kerjaya baru iaitu sebagai seorang tukang kayu.
Dia telah berjaya membina replika watak dari pelbagai filem dan siri TV yang popular. Kebanyakan replika tersebut juga bersaiz besar.
Selain itu, Hunter turut dikurniakan bakat melukis selepas terjaga daripada koma. Antara lukisan yang berjaya dilukisnya ialah karakter superhero Batman dan Loki dari filem DC dan Marvel.
Kebanyakan lukisan tersebut juga telah berjaya dijualnya di acara Comic Con di sekitar UK.
Hunter berkata bahawa sebelum koma, dia memang tidak kreatif langsung sehingga ada orang sekelilingnya yang mentertawakan lukisannya pada ketika itu.
Menurut pakar neurologi yang merawat Hunter, keadaannya masih tidak dapat dijelaskan dari sudut perubatan buat masa ini dan doktor tersebut hanya menyuruhnya untuk menggunakan bakat barunya itu sebaik mungkin.
Sumber: The Sun UK
Baca: Rupanya Tulisan Pada Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang Di Dunia Ini Milik Emma Maembong