Setiap ujian dan rintangan yang diberikan oleh Allah SWT itu pasti ada hikmahnya. Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan kisah keluarga kecil ini yang buat netizen sebak.
Video berdurasi 38 saat itu merakam momen menyentuh hati seorang anak yang tidak dapat menahan tangis ketika menyambut kepulangan ayahnya yang pulang dari kerja.
Di ruangan kapsyen, pemegang akaun TikTok yang dikenali sebagai @adriannamaleeq menceritakan pengorbanan mereka suami isteri yang terpaksa tinggal berasingan dengan anak buat masa sekarang kerana beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan.
@adriannamaleeq dalam kehidupan .. kadang2 , apa yg kita buat tu , belum tentu mmg yg kita nak .. tapi asbab keadaan memaksa , kita lalui jelaa dengan redha .. sebab apa ? Sebab Allah dah janji , selepas hujan mesti akan ada pelangi .. semoga dengan berkat kesabaran kita 4 beranak , Allah hadir kan yg indah2 saje lepas nie .. Semoga setiap pengorbanan kita , Allah nampak .. Aamiinn Yaa Rabb 🤲🏼 kisah nyaa , kakak seminggu 3 kali jee duduk dengan ibu , baba dan adik .. selebih nyaa duduk dengan makteh .. sebab rumah makteh dekat dengan sekolah .. malam nie pulak baba balik kerja lewat .. kakak dah rindu sgt .. dari dia sampai tadi dah sibuk tanya baba.. baba x boleh nak anta dan ambik kakak sekolah buat masa nie , asbab mslh kenderaan .. jarak rumah dan sekolah jauh pulak jauh sebab duduk kawasan pedalaman .. jadi terpaksa bekorban dengan cara duduk asing begini .. kakak di paksa matang sebelum usia .. mula2 mmg struggle nak bagi kakak faham .. tapi lama2 kakak dah boleh terima keadaan .. alhamdulillah makteh dan pakteh pun jaga kakak mcm anak sendiri .. sebab tu kakak dpt sesuai kan diri .. xde parents yg nak duduk berjauhan dengan anak2 .. tapi andai itu yg Allah dah tetap kan .. kami redha .. insyaallah ada rezeki 1 hari nanti , boleh duduk sama2 lagi 🥰 #fyp ♬ Di Kalung Kasihan – Imran Ajmain
Artikel berkaitan: “Duit tak ada, tiba-tiba viral” – Akak Naga Tak Tahan Sebak Buka Cerita Pernah Kena Tipu
Jarak rumah yang jauh dengan sekolah anak
Duduk di kawasan pedalaman menjadi salah satu sebab keluarga ini terpaksa duduk berasingan. Seperti yang dijelaskan di dalam kapsyen, jarak rumah ibu saudara atau ‘makteh’ kanak-kanak tersebut jauh lebih dekat dengan sekolah berbanding rumah mereka.
Anak perempuan mereka hanya boleh tinggal bersama ibu dan ayahnya hanya untuk 3 hari dalam seminggu, selebihnya dia akan menginap di rumah ibu saudaranya.
Selain itu, @adriannamaleeq juga menceritakan suaminya tidak boleh menghantar dan mengambil anaknya pulang dari sekolah kerana mengalami masalah kenderaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen termasuk influencer meluahkan keinginan untuk membantu pasangan suami isteri ini. Mereka juga menawarkan untuk memberi bantuan kewangan serta kenderaan.
Semoga keluarga ini mendapat bantuan yang diperlukan dan sentiasa dilindungi Allah SWT.
Sumber: TikTok