in

Lelaki Kongsi Detik Cemas Saat Telefon Pintar Terjatuh Ke Dalam Jurang Platform LRT

Malaysian Man Explains Why We Should Never Stand Near The Train Doors World Of Buzz 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suka bersandar dekat pintu LRT? Haa… kalau korang suka sangat berdiri dekat dengan kawasan tu, korang kena baca pengalaman yang dihadapi lelaki ini.



Pada 9 Julai yang lepas, Warren Kwek telah menaiki tren LRT laluan Putra pada jam 1 petang. Tren LRT tersebut kemudian berhenti di stesen Kampung Baru dan pada ketika itu Warren memilih untuk bersandar pada pintu LRT sambil leka bermain telefon pintar.

Malaysian Man Explains Why We Should Never Stand Near The Train Doors World Of Buzz 6
sumber: wob

Seperti yang sudah anda jangkakan, pintu LRT terbuka dan telefon pintar Warren terjatuh dari tangannya! Telefon tersebut sempat melompat dua kali sebelum ia jatuh ke dalam jurang di antara platform dan koc dan terus menimpa landasan LRT di bawah. Alamak!

1451609437796
gambar hiasan

Menurut Warren di laman Facebook,

Saat semua orang terkedu melihat keadaan tersebut, saya tak tahu sama ada hendak ketawa atau menangis. Saya terus menghadang pintu dan menekan butang interkom kecemasan dengan ketakutan sehinggalah seorang atendan tren turun untuk melihat apa masalahnya.” 

Dengan nada tenang seperti perkara ini pernah berlaku sebelum ini, atendan tren itu berkata, “Jangan risau, datang semula pada jam 8 malam, semuanya akan okay.”

Mesti abang tren ni dah biasa dapat kes macam ni…

Sudah semestinya Warren masih dalam keadaan panik dan pada masa yang sama berfikiran, tak mungkin telefon tersebut dijumpai dalam keadaan baik lagi. Pada ketika itu Warren sudah mula survey telefon baru di online, berkemungkinan dia terpaksa membeli yang baru.

Tapi tunggu dulu… ia bukanlah seperti yang anda sangkakan!

Giphy 2
gambar hiasan

“Walau bagaimanapun, saya masih ingin melihat bagaimana teruk rosaknya telefon tersebut, jadi saya tunggu sehingga jam 8 malam dan pergi ke stesen LRT yang sama pagi tadi.” 

“Saya terus ke kaunter dan memberitahu mereka yang saya diminta datang ke situ pada waktu sekian untuk mengambil sisa-sisa telefon tersebut. Wanita di kaunter kemudian tersenyum dan berkata, ‘Oh awaklah orangnya ye. Nah.'”

Badumtsss! Percaya atau tidak, telefon tersebut masih dalam keadaan baik! Tiada sebarang calar yang ditemui Warren dan ia masih berfungsi seperti biasa.

Giphy 1 1
gambar hiasan

Terkejut dengan apa yang dilihatnya, Warren berterima kasih kepada wanita di kaunter berkali-kali.

“Terima kasih Rapid KL kerana mengembalikan semula telefon ini kepada saya. Khasnya buat atendan yang membantu saya pada jam 1 petang dan dua orang gadis di kaunter pada jam 8 malam.”

Pada masa yang sama Warren juga sempat mengesyorkan netizen untuk memiliki telefon tersebut jikalau anda sejenis yang clumsy sepertinya.

“Bagi anda yang sedang mencari telefon tahan lasak, Xiaomi Mi4c milik saya terselamat akibat dari terjatuh ke landasan keretapi.” 

450 1000
gambar hiasan

“Bagi mereka yang suka berdiri berdekatan dengan pintu tren, tolong hentikan. Saya sudah dapat pengajaran darinya.” 

Nasiblah happy ending pengakhiran kisah ni. Tak dapat bayangkan kalau telefon yang dijumpai tu dah berkecai. Terpaksalah pemiliknya beli telefon baru… uhuhu!

Baca: Wanita Trauma Akibat Melambung Selepas Disambar Petir Semasa Pegang Telefon Yang Dicas

Telefon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.