in

LRT Laluan Kelana Jaya Selamat Dan Stabil, Ujian Dilakukan Ke Atas 38 Tren – Rapid Rail

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, kecoh apabila beberapa laluan LRT Kelana Jaya ditutup disebabkan atas faktor-faktor tertentu. Disebabkan situasi ini, ramai pengguna laluan ini yang terpaksa menggunakan cara lain untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah.

Terbaharu, Rapid Rail Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa pemantauan yang dilakukan terhadap sistem perkhidmatan laluan LRT Kelana Jaya menunjukkan bahawa semuanya selamat dan stabil.


20210615 Mco Covid Zahid Izzani Mohd Said 9 20221109173142 Theedgemarkets

Dalam satu kenyataan pada hari ini, syarikat itu berkata mereka sedang menjalankan pemeriksaan ke atas 38 tren. Ia bertujuan untuk mewujudkan kestabilan dan kebolehpercayaan sebelum sebarang keputusan untuk membuka semula laluan itu dibuat.

“Perkhidmatan LRT Kelana Jaya hanya akan dibuka kepada orang ramai selepas ujian yang dijalankan menunjukkan tiada gangguan kepada sistem keselamatan kritikal dan diluluskan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat,” tulis kenyataan itu.

Sebelum ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan bahawa perkhidmatan LRT antara Kelana Jaya dan Ampang Park akan ditutup buat sementara waktu selama tujuh hari bermula 9 November hingga 15 November.

Penutupan sementara itu dibuat berikutan selepas mengambil kira keselamatan penumpang dan masa yang diperlukan untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan tren.

Untuk rekod, Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kini beroperasi dari stesen Gombak ke Stesen Damai dan dari stesen Lembah Subang ke stesen Putra Heights.

Sumber: The Sun Daily

BACA: Tambang Percuma Buat Pengguna LRT Kelana Jaya Line Yang Terjejas – Rapid Rail

Capture 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.