in

“Love is in the air” – Syarikat Penerbangan Taiwan Tawar Khidmat Cari Jodoh Di Awan Biru

Ft Eva

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak tengok babak dalam filem di mana ada pasangan berjumpa di lapangan terbang dan bermulalah bibit-bibit cinta mereka. Ha love story sangat kan.


Kalau nak tahu, sekarang syarikat penerbangan Taiwan, EVA Air telah memperkenalkan peluang pencarian jodoh di awan biru yang dinamakan Fly! Love is in the Air!

Dengan bayaran berharga TW $ 8,388 (RM1,200) penumpang dapat menikmati pemandangan indah sambil mencari jodoh mengikut pakej yang ditawarkan.

 

Capture 15 1

Flight To Nowhere!

Menerusi kempen terbaru EVA Air, penumpang akan menaik pesawat selama tiga jam di ruangan udara Taiwan tanpa hala tuju!

Mereka yang terdiri daripada golongan bujang akan diberikan tempat duduk secara rawak menerusi cabutan bertuah.

Bagaimanapun, penumpang pesawat ini masih lagi dibenarkan berjalan-jalan untuk berkenalan pasangan lain sewaktu makan di darat.

Capture 1 7 1

 

Perkenalkan 3 Pakej

EVA Air memperkenalkan sebanyak tiga pakej iaitu Pakej Krismas dimana penumpang akan disajikan dengan  minum petang  selepas pesawat mendarat.

Pakej Malam Tahun Baru pula membolehkan penumpang untuk menikmati sajian makan malam sebelum penerbangan bermula. Menerusi pakej yang sama, penumpang juga akan membuat count down 2021, bersama-sama. Wahh ada candlelite dinner! 

Bukan itu sahaja, syarikat penerbangan ini turut menyediakan pakej Tahun Baru yang membolehkan pasangan menikmati sarapan pagi bersama-sama.

Penerbangan ini bagaimanapun terhad kepada 40 orang penumpang, dengan 20 daripadanya ialah lelaki dan baki 20 orang lagi ialah perempuan.

EVA Air turut menetapkan syarat kepada penumpang seperti mestilah terdiri daripada golongan bujang, menetap di Taiwan dan sekurang-kurangnya memiliki ijazah. So kalau rasa ada kriteria ni, boleh la cuba-cuba nasib.

Di akhir penerbangan, penumpang dibenarkan untuk membuat pengakuan mengenai crush baru mereka. Harap-harap tak kena reject la…

Capture 2 3 3

Bagaikan movie!

Menurut jurucakap You and Me, Chiang Tsung-Wei, idea untuk mewujudkan perkhidmatan ini adalah untuk memenuhi keinginan penumpang untuk terbang sewaktu pandemik lapor CNN Travel.

Kerana Covid-19, EVA Air mengatur pengalaman ‘perjalanan palsu’ bagi memenuhi kehendak penumpang untuk terbang. Apabila seorang lelaki dan wanita bujang melancong, selain dari menikmati keseronokan, mereka juga ingin bertemu seseorang yang baru macam babak dalam filem  

Kesan daripada penyebaran pandemik Covid-19, kempen penerbangan tanpa tujuan ini mendapat sambutan penumpang di Taiwan, Brunei dan Australia.

40 tempat duduk habis dibeli dalam tempoh seminggu pertama dengan persaingan daripada 400 penumpang.

Kalau ada dekat Malaysia. korang nak pergi tak?

 

Baca : Kapal Terbang Legend! Kenali 4 Syarikat Penerbangan Yang Dah Wujud Selama Hampir 100 Tahun

Capture 14

Sumber: EVA Air
Sumber: CNN Travel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.