in

Live Suhaimi Saad Kembali Viral, Kongsi Detik Perkenalan Dengan Ina Naim Hingga Berkahwin

Ina Naim Dan Suhaimi Cerita Detik Perkenalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia nasyid kehilangan satu nama besar dalam industri itu apabila Suhaimi Saad, bekas kumpulan In-Team meninggal dunia pada 15 November lepas.

Sejak dari itu, pelbagai kisah throwback mengenai Suhaimi dan isterinya, Ina Naim mula dibicarakan oleh netizen dan salah satu video live Suhaimi di TikTok kembali viral semula.


Artikel berkaitan: “Pergi” – Pada Usia 43 Tahun, Ini Latar Belakang Bekas Penyanyi Kumpulan InTeam, Suhaimi Saad

Artikel berkaitan: “Arwah cakap jangan menangis” – Rakan Sifatkan Pemergian Suhaimi Saad Satu Kehilangan Besar

SS throwback kisah perkenalan dengan Ina Naim 

Menerusi video itu, Suhami dilihat bercakap mengenai bibit awal perkenalannya dengan Nurdiana Naim atau Ina Naim yang seperti semua sedia maklum sebelum ini pernah menjadi bekas tunang Mawi.

Malah dia juga katanya mula jatuh hati dengan Ina saat melihat wanita itu menukar pakaian menjadi lebih menutup aurat iaitu dengan memakai stokin, tidak memakai seluar jeans dan melabuhkan tudung.

A5 2

Dua hari lepas tu, SS balik cuti sekolah, SS cakap ayah jom kita pergi Johor. Arwah ayah SS kata, nak pergi Johor buat apa? Mana ada sedara mara dekat Johor? 

“Ayah kita nak pergi buat sedara la ni…” katanya.

Namun secara tiba-tiba bapa Suhaimi bertanya, tidakkah dia berminat dengan Ina yang juga pada ketika itu menjadi sebutan ramai kerana baru putus tunang dengan juara AF3, Mawi.

Ayah, saya nak ajak pergi rumah dialah ni,” jawab Suhaimi yang kemudian menyatakan hasrat untuk merisik Ina Naim.

@dianasewhappy

Teringat tengok dorang live. SS puji aje Ina masa ni. Arwah siap ingat semua details dari awal kenal sampai la dorang nikah. Kita layan sambil menjahit plus blushing sekali 😂 semoga arwah tenang di tempat baru dan semoga ina dan anak2 kuat semangat ya. #suhaimisaad

♬ original sound – Diana G. – 𝔻𝕀𝔸ℕ𝔸

Arwah bapa Suhaimi yang teruja dengan keputusan anaknya itu katanya sanggup ‘sponsor’ cincin tunang untuk bakal menantunya itu.

Malah bapa Suhaimi juga mencadangkan bahawa rombongan mereka terus melamar Ina dan melangsungkan perkahwinan dengan anaknya secepat mungkin.

Gelojohnya Pak Saad!” seloroh Suhaimi.

Suhaimi juga menjelaskan pada masa itu, kakak-kakaknya lebih menyebelahi penyanyi rancangan realiti tersebut dan menyuruh Suhaimi menjauhi Ina.

“SS puji aje Ina masa ni” 

Video berkenaan telah membuatkan rata-rata netizen tersentuh melihat hubungan Suhaimi dan Ina yang mengenang detik-detik awal perkenalan mereka.

Malah ramai yang mengatakan Suhaimi seorang yang kelakar dan livenya di TikTok kerap kali memaparkan kebahagiaan hidupnya bersama isteri dan anak-anak.

Teringat tengok dorang live. SS puji aje Ina masa ni. Arwah siap ingat semua details dari awal kenal sampai la dorang nikah. Kita layan sambil menjahit plus blushing sekali ?”

Ina Suhaimi

Seronok tengok live SS ni. Semoga Ina Naim tabah menghadapi kehilangan ini. Al Fatihah…

Sumber: TikTok

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.