in

“Arwah cakap jangan menangis” – Rakan Sifatkan Pemergian Suhaimi Saad Satu Kehilangan Besar

In Team 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, semalam industri nasyid tanah air digemparkan dengan pemergian bekas ahli kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi Saad atau lebih dikenali dengan nama Suhaimi Saad.

Mohd Syahril Abdul Khalid yang merupakan salah seorang vokalis In-Team menyifatkan pemergian Suhaimi sebagai satu kehilangan yang besar, dia berkongsi sempat bertemu dengan arwah pada Jumaat lalu.


Menerusi laporan Berita Harian, Syahril berkata dia dan Abdul Rahim serta Hazamin sempat menziarahi arwah di rumah bapa mentuanya di Felcra Sungai Ara, Johor, pertemuan mereka itu singkat namun Suhaimi dikatakan kelihatan gembira.

“Kami sudah lama tidak berjumpa. Sebagai rakan, arwah pernah melawat saya di hospital ketika saya sakit pada 2014.

Saya beritahu arwah, saya sedih lihat keadaannya. Arwah cakap jangan menangis. Arwah gembira kami datang dan minta maaf zahir dan batin,” katanya.

Difahamkan, Syahril berada di Johor Bahru pada Khamis lalu untuk persembahan dan apabila dapat tahu Suhaimi akan datang ke rumah bapa mentuanya dari Kota Baharu, Kelantan, mereka meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk bertemu dengannya.

“Arwah melengkapkan persahabatan kami. Beliau amat menitik beratkan soal pakaian, persembahan dan vokal.

Arwah seorang yang teliti, jadi kehilangannya amat dirasai. Sejak meninggalkan In-Team dan bersedia bergerak solo, kami tetap jalin persahabatan. Kami tetap saling berhubung,” kongsinya lagi.

Sebagai info, Allahyarham Suhaimi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru sejak seminggu lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Al-Fatihah…

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.