in

‘Pergi’ Pada Usia 43 Tahun, Ini Latar Belakang Bekas Penyanyi Kumpulan InTeam, Suhaimi Saad

Dog2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, Malaysia telah kehilangan seorang penyanyi berbakat iaitu Suhaimi Saad yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid terkenal, InTeam. Menurut laporan berita, dia meninggal dunia pada usia 43 tahun disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Oleh itu, untuk artikel kali ni, min ambil kesempatan untuk ceritakan pada korang tentang latar belakang Suhaimi Saad yang pernah mewarnai dunia nasyid di Malaysia.


Kehidupan awal

Images 4

Mohd Suhaimi bin Saad dilahirkan pada tanggal 12 Oktober 1980 bersamaan 2 Zulhijjah 1400 di Triang, Pahang. Kedua-dua arwah ibu bapanya berasal dari Kedah di mana ayahnya berasal dari Tunjang manakala ibunya berasal dari Kodiang. Hasil perkahwinan pasangan itu, mereka dikurniakan enam orang anak di mana Suhaimi merupakan anak kelima yang dilahirkan.

Masa pendidikan awalnya, dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan LKTP Tementi di Triang dari tahun 1987 hingga 1992. Setelah itu, dia melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Al-Wusto di Pahang selama lima tahun dari 1993 hingga 1998.

Kemudian, dia ambil keputusan untuk sambung pendidikan peringkat ijazahnya pada tahun 1999 di salah satu kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Bahasa Arab. Dikatakan, dia memang suka menyanyi dan pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik yang beriman.

Artikel berkaitan: “Arwah cakap jangan menangis” – Rakan Sifatkan Pemergian Suhaimi Saad Satu Kehilangan Besar

Perjalanan Karier

Q6 1

Dipercayai, kerjayanya sebagai penyanyi bermula sejak tahun 2000 lagi di mana dia menyertai kumpulan nasyid, InTeam yang ketika itu diwakili dirinya dan empat orang lagi iaitu Mohd Syahril, Muhammad Hazamin, Hisyam Ahmad dan juga Abdul Rahim.

Kalau korang nak tahu, InTeam ni merupakan kumpulan muzik yang membawa genre nasyid di Malaysia. Ia mula dikenali apabila menerbitkan album di bawah label, Hijjaz Music Entertainment.

Sejak bersama dengan InTeam, Suhaimi yang bekerja sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik telah terlibat dengan penghasilan enam buah album hit dari kumpulan itu.

1. Kasih Kekasih 

Album ini merupakan album sulung InTeam yang diterbitkan oleh Hijjaz Records dan telah diedarkan oleh NAR Records. Terdapat sejumlah 10 buah lagu dan tiga narration dalam album ini.

Bukan itu saja, album ini juga telah melakar nama kumpulan itu dalam industri muzik negara apabila single pertama mereka, Kasih Kekasih mencatatkan jualan sehingga 80,000 unit. Disebabkan itu, mereka memperoleh anugerah platinum daripada syarikat rakaman itu.

2. Impian Kasih

Album kedua ini pula diterbitkan pada 2001 di bawah penerbit dan pengedar yang sama. Ia mempunyai 13 buah lagu yang ada di antaranya menjadi hit dalam kalangan peminat seperti Rabiatul Adawiyah dan Selamatkan Dunia.

Tak dilupakan juga, Suhaimi pernah menghasilkan lagunya sendiri berjudul Lilin Seorang Guru dalam album yang sama.

3. Damba Kasih 

Pada tahun 2002, InTeam muncul dengan lagu Nur Kasih yang dialbumkan secara kompilasi bersama artis Hijjaz Records yang lain seperti UNIC dan Ae-man.

Kemudian, pada 2003, InTeam telah menghasilkan album ketiga bertajuk Damba Kasih yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Sentuhanmu dan Bisikan Nurani.

4. In Team ’04

Disebabkan kejayaan ketiga-tiga album sebelum ni, InTeam terus menghasilkan album keempat yang diterbitkan pada 2004 dan dinyanyikan oleh empat orang saja pada ketika itu. Ia mengandungi 10 buah lagu tanpa narration sepertimana yang ada pada album mereka dulu.

Ia juga merupakan album terakhir kumpulan nasyid itu di bawah naungan Hijjaz Records setelah memutuskan untuk bergerak sendiri pada tahun 2005. Namun begitu, Suhaimi telah kembali bernaung di bawah syarikat rakaman itu di bawah pengurusan sendiri iaitu Karya Mosus.

5. Allahu Rabbi dan Iman & Aman

Walaupun telah berpisah, Suhaimi dijemput kembali untuk berkolaborasi dengan InTeam bagi penghasilan dua buah album pada 2010 dan 2013. Tak disangka, mereka telah memenangi dua pengiktirafan di Anugerah Industri Muzik ke-17 iaitu Lagu dan Album Nasyid Terbaik melalui album Allahu Rabbi dan lagu Dia Muhammad.

Artikel berkaitan: “Suhaimi sendiri minta dihantar ke hospital” – Ina Naim Maklum Keadaan Suami Semakin Baik

Selain album berkumpulan dia juga pernah menerbitkan beberapa album solo seperti Kias Cinta dan KalamaK. Semasa bergerak sendiri, dia pernah memenangi Anugerah Nasyid Minggu Ini dengan lagu Selamat Tinggal Dunia untuk kategori Lagu dan Lirik Nasyid Terbaik.

Kehidupan perkahwinan

1047654

Suhaimi telah melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dan pelakon, Ina Naim pada 12 Ogos 2007 di Kota Tinggi, Johor. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie (2008), Sallman Elkhoyri (2010), Phyrosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014).

Akan tetapi, pada tahun ini, bekas anggota kumpulan InTeam itu telah ‘pergi’ pada pukul 7.40 malam disebabkan jangkitan kuman di paru-parunya ketika sedang dirawat di ICU Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

Disebabkan jangkitan itu, arwah Suhaimi mengalami kegagalan organ dalaman untuk berfungsi akibat batuk kronik yang dihidapinya sejak empat bulan lalu. Selain itu, dia juga mengalami cirit-birit selama tiga bulan sehingga berat badannya susut dengan mendadak.

Jenazah Suhaimi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara pada jam 9 pagi hari ini.

Salam takziah buat arwah sekeluarga…

Sumber: Wikipedia, Ikhwanul In-team

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.