in

‘Lingchi’ : Seksa Sampai Mati, Hukuman Bunuh Paling Brutal Dan Kejam Dalam Sejarah Pemerintahan China

Featured 10

Hukuman gantung sampai mati boleh dikatakan sebagai hukuman paling akhir dijatuhkan kepada pesalah terutamanya bagi jenayah berat.

Malah hampir semua negara di dunia mengguna pakai hukuman tersebut kerana ia nampak lebih berperikemanusiaan berbanding bentuk hukuman terdahulu yang dilihat lebih kejam.

Seperti mati di kerusi elektrik, tembak di kepala, pancung sampai mati, sula dan sebagainya.

Itupun sebenarnya tak cukup kejam lagi. Kenapa min cakap macam tu? Sebabnya menurut portal ini, ada satu hukuman paling kejam dan brutal yang pernah diamalkan di Negara China suatu ketika dahulu.

 

Hiris anggota badan pesalah sampai mati sebelum kepala dipenggal dan tangan kaki diceraikan dari badan

Lingchi! Satu bentuk seksaan sehingga mati kepada pesalah-pesalah jenayah berat sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Tang sampailah penghujung zaman pemerintahan Dinasti Qing.

Lingchi ni bermaksud ‘menghiris secara perlahan’. Dengar pun dah seram kan?

Images
Sumber : google

Badan pesalah ini akan dihiris perlahan-lahan sampailah pesalah tersebut mati. Tujuannya mudah, untuk seksa pesalah sampailah akhir hayatnya.

Hukuman ini memang sangat kejam, sebab itu pesalah yang melakukan kesalahan yang sangat berat sahaja akan dikenakan hukuman ini seperti pembelot dan pembunuh bersiri.

 

Pesalah diikat pada sebatang kayu supaya tak banyak bergerak sebelum….

Untuk pengetahuan korang, pesalah yang ‘terpilih’ menerima hukuman Lingchi ini akan diikat pada sebatang kayu (supaya dorang tak bergerak). Then seorang individu akan ditugaskan untuk menjalankan hukuman tersebut.

Individu ini akan menghiris badan pesalah satu demi satu dan difahamkan hirisan akan dimulakan dari bahagian dada pesalah.

Potong
Sumber : google

Lingchi tak terhenti setakat itu sahaja. Selepas itu bahagian otot akan dikeluarkan sampai nampak tulang.

Selepas dada, individu tersebut akan menghiris bahagian tangan kemudian bahagian kaki. Tapi sebelum kaki dipotong, pesalah biasanya dah mati sebab dikatakan berada dalam keadaan yang teramat sakit dengan banyak darah keluar dari badan mereka.

Kepala pesalah kemudiannnya akan dipenggal selepas mereka disahkan mati. Lepas tu bahagian tangan dan kaki akan dipotong dan diasingkan daripada anggota badan”.

Hukuman Lingchi

Difahamkan, ia merupakan kepercayaan masyarakat waktu itu iaitu sebagai balasan kepada pesalah di dunia dan kehidupan selepas mati.

Tapi dilaporkan sesetengah kawasan di China melakukannya dengan cara masing-masing sebab waktu itu tiada lagi peraturan atau undang-undang yang jelas bagaimana hukuman patut dilaksanakan.

Tapi dikatakan yang kaedah hukuman ‘Lingchi’ ini telah ditamatkan sekitar tahun 1995, tak tahu sebab apa.

Nasib baik hukuman Lingchi dah tak ada, kalau dilaksanakan sampai sekarang tak tahu la weh.

Baca : The Rape Of Nanking: Sejarah Hitam Kekejaman Jepun Seksa, Rogol, Tembak & Penggal Manusia Hingga Ragut Lebih 300,000 Nyawa.

Nanking