in

“Fizikal tak sempurna, iman padu” – Menggigil Jumpa Banyak Duit, Netizen Puji Sikap Jujur Lelaki OKU

Oku Gigil Jumpa Duit Banyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) membuktikan kekurangan fizikal bukan penghalang untuk melakukan kebaikan apabila menyerahkan sejumlah wang tunai yang ditemuinya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Azlan itu, dia berbuat begitu kerana khuatir berdepan kesukaran untuk menjelaskan situasi penemuan wang itu kepada pihak polis dan lebih selesa untuk menyerahkannya kepada wakil rakyat.


“Menggigil saya bila jumpa duit sebanyak itu. Jadi tak tentu arah terus saya teringat YB dan datang ke sini untuk serah duit.

“Nak pergi balai polis saya takut sebab tak pandai nak cakap macamana. Banyak duit itu nak buat minum pun saya takut apa nak jawab dekat ‘sana’ nanti,” jelasnya.

Difahamkan, dia hadir menyerahkan wang tersebut kepada ADUN Duyong dengan menaiki motosikal roda tiga dan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.

Artikel berkaitan: “Ibu bapa saya normal, cuma mata mereka tak nampak” – Perkongsian Anak OKU Penglihatan Buat Ramai Rasa Hiba

Artikel berkaitan: “Sikit tak tunjuk marah” – Remaja Bawa Ibu Bapa OKU ‘Pekena’ Nasi Kandar Di Penang Undang Sebak Ramai

“Fizikal dia OKU, iman dia padu”

Sementara itu, Mohd. Noor Helmy berkata, beliau terkejut dengan tindakan Azlan yang memilih untuk menyerahkan wang tersebut walaupun hidup dalam kekurangan.

Kejujuran Azlan turut dipuji orang ramai kerana teguh pendirian dan tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk mengambil hak orang lain.

Screenshot 2026 05 21 170425Hm

Dalam pada itu, wang tunai berkenaan telah diserahkan kepada Balai Polis Kandang bagi membantu mengesan pemilik sebenar. Mana-mana individu yang kehilangan wang dalam jumlah besar boleh hadir ke balai berkenaan.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.