Kegiatan ulat parkir di Kuala Lumpur makin berleluasa dan membuat orang ramai rasa kurang senang dengan kumpulan ini yang mengenakan caj tidak masuk akal.
Malah mereka kini dilihat bertindak kasar apabila mencalarkan kereta pengunjung kerana enggan membayar caj yang dikenakan.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang memuat naik sebuah video memaparkan kesan calar pada keretanya di tepi jalan di Bukit Bintang kerana enggan membayar kepada ulat parkir tersebut.
Artikel berkaitan: “Binawe depa ni, spesis C*LAKA!”- Ramai Mangsa Ulat Parking Di Kuala Kedah Naik Hangin, Perangai Geng ‘Ni’ Makin Menjadi-jadi!
Artikel berkaitan: Kedai Shawarma Terkenal Di Bukit Bintang Diserbu Pihak Imigresen? Rupanya Sebab…
Menerusi video itu, kata individu terbabit kejadian berlaku di kawasan berdekatan Maybank Bukit Bintang. Dakwanya, bayaran dikenakan sebanyak RM15 untuk setiap kereta.
“Dah berlaku dari dulu”
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengatakan pernah berada dalam situasi sama dan mengalah untuk membayar walaupun rasa kesal dikenakan caj tak masuk akal.
Segelintir netizen mendakwa sudah bertahun-tahun ulat parkir melakukan kegiatan itu namun tidak pernah dengar adakah sudah ada tindakan daripada pihak berkuasa.
Menurut individu itu, dia juga telah membuat aduan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapati tiada kebenaran untuk mengutip bayaran parkir di kawasan terbabit.
Justeru, ramai mengharapkan pihak berkuasa memberi perhatian terhadap isu ini untuk menghentikan kegiatan ulat parkir di situ.
Sumber: TikTok