Jeles punya pasal…
Baru-baru ni video seorang ‘lelaki’ belasah kekasih dah tersebar dekat Facebook. Namun video tersebut tiada info ataupun penjelasan mengenai apa yang terjadi. Rupa-rupanya, kejadian tersebut berlaku di Bangkok, Thailand dan pihak polis dah pun ambil tindakan selanjutnya, lapor Bangkok Post.
So, ‘lelaki’ yang membelasah kekasihnya tu rupa-rupanya adalah seorang perempuan tomboy bernama Kanchana Sinprasert, 27, manakala mangsa bernama Fang berusia 22 tahun.
Di dalam video yang tersebar, Kanchana turut menggunakan helmetnya untuk memukul dan menarik rambut serta menghentak kepala Fang ke atas lantai. Kejadian yang berlaku di pintu masuk dorm pada Khamis lalu telah dirakam oleh orang sekeliling yang berkali-kali menyuruhnya untuk berhenti.
Tak sanggup dengar dia menangis…
Mangsa kemudian telah diselamatkan dan dibawa ke hospital. Menurut doktor, Fang perlu menjalani pembedahan dan menerima rawatan selama dua bulan kerana kecederaan parah antaranya soket mata retak dan macam-macam lagi. Difahamkan, suspek telah berjanji akan menampung kos rawatan perubatan Fang.
Timbalan Pesuruhjaya Biro Metropolitan Sompong Chingduang telah pun mengesahkan kejadian dan menahan Kanchana di rumahnya dekat Wilayah Sukhothai dan suspek mengaku melakukan jenayah terbabit kerana berada dalam keadaan mabuk dan bertindak atas alasan cemburu.
Kes Kanchana akan dibawa ke mahkamah pada hari ini dan polis akan memohon untuk menahan suspek selama 12 hari lagi bagi tujuan siasatan. Pihak polis juga akan menolak permohonan jaminan. Sekiranya disabitkan kesalahan, suspek akan dipenjara selama 6 bulan hingga 10 tahun dan/atau dikenakan denda maksimum sebanyak 200,00 Baht (RM24,339).
Cemburu teruk ni!
Baca: Wanita Tetap Sayang Kekasih Lepas Teruk Dibelasah, Minta Mahkamah Tarik Balik Hukuman Penjara