in

Lepas Cromboloni, Muncul Pula Croissant Versi Raya, Croipat!

Croipat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa bulan lepas, tular di media sosial apabila ramai warganet yang teringin dan telah mencuba pastri Cromboloni iaitu gabungan pastri croissant dan Bomboloni.

Namun, sempena hari raya yang akan menjelma tak lama lagi ini pula, sebuah kafe telah menghasilkan croissant versi lebaran iaitu Croipat (croissant bentuk ketupat).


Difahamkan, kafe yang terletak di Sungai Buloh iaitu kafe Olios ini telah menghasilkan Croipat tersebut di mana pastri croissant ini berbentuk ala anyaman ketupat.

Artikel Berkaitan: “Sikit hari lagi jadi roti canai” – Lepas Cromboloni, Kini Viral Pula Pastri Baru Dipanggil ‘Cronyek’

Artikel Berkaitan: “Orang jual dia nak jual” – ‘Pastry’ Cromboloni Rupa Roti Bom Undang Kecaman Netizen

Lebih menarik lagi apabila inti pastri Croipat itu ialah inti rendang daging. Barulah sama macam makan ketupat ketika pagi raya kan.

4
Croipat sebelum dibakar

Rata-rata warganet terkejut melihat croissant versi terbaru itu namun tak kurang juga ada yang tertarik ingin mencubanya kerana rupanya yang sangat cantik seperti anyaman ketupat.

Whatsapp Image 2024 04 06 At 11.54.41 Am

Siap ada warna-warna hijau lagi tu. Memang ada iras macam ketupat kan. Kreatif betul owner kafe ni! 

Sumber: Instagram Olios__

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.