Seorang bapa merayu kepada pihak polis untuk tingkatkan lagi usaha mereka dalam mencari anaknya berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang lebih enam tahun lalu.
Bapa berusia 59 tahun, Lam Ah Choy mengatakan, dia telah pun membuat sebanyak 12 laporan polis sejak anaknya hilang pada tahun 2016 yang lalu.
Anaknya Kim Ming yang ketika itu berusia lima tahun dipercayai telah diculik di Pudu ketika sedang bersarapan pagi di sebuah restoran di Wisma Indah Jalan Tun Razak, lapor FMT.
Saya pergi ke kereta untuk ambil barang, tapi bila saya datang semula dia dah tak ada.”
Bapa ini yang bekerja sebagai seorang pemandu turut menggesa pihak polis untuk bekerjasama dengan jabatan imigresen bagi memastikan sama ada anaknya itu masih berada dalam negara ini atau pun tidak.

Lam bersama ketua-ketua Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah memberikan memorandum kepada pihak polis, meminta agar satu pasukan dibuat bagi menyiasat kehilangan anaknya itu.
Memorandum tersebut telah pun diterima oleh pegawai komunikasi media Bukit Aman, Khalidatulakmal Ismail.
Wakil PRM S Manikavasagam turut meluahkan kekesalannya melihat Lam masih mencari anak tunggalnya itu enam tahun selepas insiden tersebut berlaku
Dia telah failkan 12 laporan polis, tapi sehingga kini mereka tak boleh menjejaki budak tersebut. Saya gesa pihak polis untuk wujudkan satu pasukan khas untuk meneliti perkara ini.”
Memang tak boleh terbayang perasaan bapa ni yang masih tak tahu apa yan berlaku dekat anaknya…

