in

Lepas Audio Amber Heard Mengaku Dera Johnny Depp Tersebar, Hampir 160k Orang Sain Petisyen Minta DC Buang Dia Dari Aquaman

Collage 13

Awal tahun lepas kecoh di media sosial bila Johnny Depp mendedahkan tentang penderaan yang dia lalui sepanjang berkahwin dengan Amber Heard.

Sebelum perkara tersebut tular, Amber Heard lantang bersuara menceritakan punca dia mahu bercerai dengan pelakon Pirates of The Caribbean ini kerana suaminya ini sering memukulnya.

D36F60Cfde8F87F5352Db949C296Fe28
Sumber: yahoo news

Ekoran dari tuduhan Amber ini, Johnny hilang tawaran berlakon serta dihina dan dikutuk oleh media dan netizen.

Johnny respon terhadap tuduhan Amber dengan mengatakan isterinya yang sering menderanya dan bukan dia. Lelaki ini juga turut failkan tuduhan mengatakan yang dakwaan Amber ini adalah fitnah.

16550320 0 Image A 48 1564170500914
Sumber: daily mail

Walaupun begitu, orang awam tak mengendahkan dakwaan Johnny dan terus menyokong Amber. Dengan sokongan ramai, Amber terus bercakap mengenai penderaan yang dilalui sepanjang perkahwinannya itu.

Sementara Amber dapat meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelakon dan Johnny Depp terus dituduh sebagai “suami kaki dera”, bukti baru mula muncul…

Beberapa rakaman perbualan antara Amber dan Johnny telah tular dan dalam rakaman ini, Amber mengaku yang dia pukul suaminya ini.

https://twitter.com/winonasrider/status/1223371981296455680?s=20

Bukan tu je, dalam salah satu rakaman ini, Amber turut bagitahu Johnny yang tak ada orang akan percaya dia pukul suaminya sebab dia lagi kecil dari Johnny.

Wbggwxz4Ojdqssopnesi
Sumber: the wrap

Lebih mengejutkan lagi, menurut Blast, pada tahun 2009, Amber pernah ditahan kerana dituduh memukul teman wanitanya. Rakaman audio ini akhirnya merubah persepsi orang ramai dan mereka mula mengecam tindakan Amber menfitnah Johnny.

Malaysiakini pula mengatakan, hampir 160k orang telah menandatangani petisyen meminta Warner Bros dan DC Entertainment memecat Amber Heard dari filem popular lakonannya, Aquaman.

2020.02.03 03.16 Boundingintocomics 5E3839391Bc1A
Sumber: bounding into comics

Lelaki juga mangsa penderaan domestik, sama seperti wanita. Ini harus diakui, dan tindakan harus diambil bagi mengelakkan pendera diraikan dalam industri hiburan.”

Media barat pula banyak yang berdiam diri selepas bukti baru ini muncul dan ini mengundang kemarahan orang ramai kerana media telah meletakkan double standard terhadap isu ini.

Tindakan Amber ini telah melukakan ramai orang. Bukan je dia cuba untuk rosakkan kareer Johnny malah dia juga telah meletakkan imej yang buruk kepada mangsa dera yang lain.

Ketika Amber menuduh Johnny memukulnya, media barat laju je cover kisah dia, tapi bila bukti macam ni keluar, dorang diam je.

So unfair…

 

Baca: “Dia mangsa bukan pendera” – Netizen Dedah Bukti Mengejutkan Selama Ini Johnny Depp Didera Isteri Sendiri!

Screenshot 2020 02 06 At 7.30.36 Pm