Dua bakal guru iaitu penuntut Institut Pendidikan Guru atau IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus dilaporkan meninggal dunia susulan kedua-dua pelajar lelaki tersebut lemas di kawasan perkelahan Sungai Pelong di Terengganu semalam.
Menurut laporan Sinar Harian, kedua-dua mangsa, Muhammad Hazmi Othman dan Adam Arief Jazlansanadi yang berusia 19 tahun difahamkan telah lemas apabila salah seorang daripada mereka tergelincir ketika berada di atas batu manakala seorang lagi mangsa pula cuba untuk menyelamatkannya.
Namun, mangsa yang cuba menyelamatkan mangsa yang tergelincir turut lemas, difahamkan kerana air sungai yang berpusar.

Artikel berkaitan: Kanak-kanak 3 Tahun Lemas Di Homestay Ibu Bapa Disiasat Kes Pengabaian
Artikel berkaitan: Orang Ramai Cuba Selamatkan Kanak-kanak Mandi Sungai, 2 Daripada 5 Ditemui Lemas
Difahamkan juga, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa sedang menjalani program kelas di sungai tersebut bersama lebih 20 orang lagi penuntut IPG.

Kedua-dua mayat mangsa telah ditemui oleh penduduk kampung sekitar tengah hari semalam, selang 50 minit.
Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk proses bedah siasat.
Sumber: Sinar Harian
