Seorang lelaki warga China dilaporkan hilang ketika mandi bersama anak lelakinya di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, semalam.
Lelaki itu dikhuatiri lemas selepas dipercayai tenggelam ketika berada di pantai berkenaan.
Menurut anak mangsa, dia menyedari bapanya hilang daripada pandangan sebelum hanya menemui topi mangsa terapung di permukaan air, lapor Berita Harian.

Artikel Berkaitan: Berjaya Selamatkan Rakan Yang Hampir Lemas, Murid 12 Tahun Guna Ilmu PBSM
Artikel berkaitan: Bapa Dikhuatiri Lemas Lepas Berjaya Selamatkan Anak
Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa selepas anak mangsa memaklumkan kejadian itu kepada pihak hotel.

Setakat ini, mangsa masih belum ditemukan dan operasi mencari mangsa dijalankan serentak dengan memantau secara berterusan terhadap keadaan arus dan ombak laut.
Semoga mangsa segera ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat.
Sumber: Berita Harian
