in

Lelaki T*kam Nenek Sering Alami ‘Gangguan’, Berhalusinasi – Adik

syaz ft 2025 12 17T105759.949

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mendakwa abangnya mengalami gangguan mental dan berhalusinasi sejak berusia 18 tahun, selain sering bercakap seorang diri, namun tidak pernah mengganggu orang lain sebelum ini.

Menurutnya, keadaan itu berubah apabila suspek bertindak menikam nenek mereka sehingga meninggal dunia, selain menetak leher moyang yang kini dilaporkan parah dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil, semalam.


Artikel berkaitan: Emosi Anak Mangsa Dit*kam Suami Sendiri Stabil, Sudah Kembali Ke Sekolah

Artikel berkaitan: Tertipu Dengan Iklan AI, Nenek Tua Dari Perlis Datang Nak Beli Ubat Mata Dengan Ustaz Wadi Annuar

Remaja itu yang juga adik kepada suspek berkata, ketika kejadian hanya nenek berusia 65 tahun, moyang berusia 80 tahun serta ibu saudara mereka berusia 28 tahun berada di rumah berkenaan bersama suspek, manakala bapa saudara yang tinggal bersama tidak berada di rumah.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian yang menimpa tok dan moyang selepas menerima panggilan daripada ibu saudara pada 6.44 petang semalam.

Ketika itu, saya teman emak balik ke Penaga, Pulau Pinang kerana kami menetap di sana dan terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya.

Katanya, dia dan abangnya sering bermalam di rumah nenek mereka di kampung berkenaan, namun suspek sudah lama tidak pulang ke situ sebelum kejadian berlaku.

“Abang pula dah lama tak balik sini tetapi dia tiba-tiba ajak mak balik sini, walaupun mak kata tak ada duit, dia ajak balik sini juga hinggalah kejadian itu berlaku,” katanya.

Remaja itu berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar abangnya bertindak sedemikian sedangkan sebelum ini lelaki itu tidak pernah mengganggu sesiapa.

Menurutnya, suspek merupakan anak sulung dalam keluarga, manakala dia anak kedua dan mempunyai seorang adik bongsu.

“Dia pernah kata kat mak saya, cepat la sikit bawa dia balik sini, mak saya kata dia tak ada duit nak balik macam mana.. Tak pa kami ada duit sambil beritahu, kalau mak tak balik, mak akan menyesal.

Lepas itu mak bawa juga abang balik tinggal di sini tetapi masa kejadian saya tak ada di sini sebab teman mak balik ke Penaga sebab dia takut balik seorang.

Abang tak kerja apa. Dia kan tak sihat macam tu tak boleh kerja dan saya tak sangka kejadian ini berlaku,” katanya.

Menurutnya lagi, selepas kejadian tersebut, suspek memaklumkan nenek mereka tidak sedarkan diri dan meminta ahli keluarga segera membuat laporan polis.

Selepas kejadian itu, abangnya memaklumkan supaya ahli keluarga segera melihat keadaan nenek mereka yang disangka pengsan serta meminta mereka membuat laporan polis dengan segera.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.