Kita semua tak tahu bagaimana pengakhiran kita di dunia ini. Sebab tu, kita tak boleh nak mengkritik gaya hidup seseorang tu lebih-lebih sangat. Takut pula berbalik pada diri sendiri.
Sama seperti Muhammad Asrul Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Jun ini apabila dia diberikan peluang kedua untuk berubah selepas menceburkan diri sebagai tukang keranda.
Menerusi TikTok, Jun ada menggambarkan kisahnya yang pernah bergelar sebagai seorang mak nyah suatu ketika dulu.
@junasrul5837 Membalas kepada @matsilau2022
Namun begitu, dalam temubual bersama mStar, Jun mengatakan kini hidupnya lebih tenang dengan caranya sendiri selepas meninggalkan dunia ‘mak nyah’.
@junasrul5837
Dah lima tahun saya buat kerja ni. Masa awal-awal jadi tukang keranda dan batu nisan, saya masih pakai pakaian perempuan. Orang tengok atas bawah sebab pelik.
“Lama-lama saya fikir, macam mana nak berniaga, nak berdepan dengan pelanggan. Kemudian mak saya meninggal pada tahun 2016.
Sejak itu saya perlahan-lahan tinggalkan pakaian perempuan. Baju-baju lama masih disimpan, tapi saya dah tak pakai.”
Tambahnya lagi, dia tak kisah berkongsi gambar-gambar lama ketika bergelar mak nyah di aplikasi TikTok kerana penat menjawab soalan yang sama dari netizen.
Dekat TikTok saya tunjukkan cerita sebenar. Saya jujur dengan followers, jadi orang pun faham. Kalau saya tak tunjuk gambar, orang asyik tanya soalan sama. Saya penat nak jawab.
“Yang mana dah lama ikuti TikTok saya, mereka tahu saya macam ni. Yang kecam tu sikit sangatlah, sebab orang tahu kerja saya walaupun saya macam ni. Lebih ramai memberikan sokongan.”
Selain itu Jun yang berasal dari Kedah ini turut mengatakan bahawa dia juga turut mendapat pelanggan melalui TikTok sampai ada yang mahukan nisan dan keranda yang dibuatnya ini dihantar sehingga ke Johor dan Negeri Sembilan.
Moga terus istiqamah…
Baca: “Pernah mimpi dikelilingi api” – Mak Nyah ‘Ziana Zain’ Berubah Lepas Dapat Mimpi