“Ada lima penyaman udara di ruang tamu, dua di bilik master dan satu di setiap dua bilik yang lain.”
Itu apa yang dilaporkan oleh jiran kediaman di sebuah perumahan di Sengkang, Singapura apabila Huang telah bertindak untuk memasang sembilan penyaman udara di rumahnya sehingga mengganggu kehidupan seharian yang lain.
Jiran terkesan dengan tindakan lelaki yang memasang penyaman udara setiap hari
Penduduk lain bising gara-gara tindakan lelaki itu kerana ia telah menyebabkan tompok kulat dan pemeluwapan pada dinding rumah mereka. Kebiasaannya, sebuah unit rumah hanya memerlukan satu atau dua penyaman udara sahaja.
Namun, tindakan lelaki itu yang seakan mementingkan diri untuk kekal berada dalam suhu yang sejuk telah menimbulkan aduan penduduk setempat di sana.
Menurut Utusan, lelaki itu akan memasang penyaman udara sehingga suhu 18 Celcius setiap hari di rumahnya. Dikatakan juga suhu yang sejuk itu mampu dirasai sepanjang di koridor di luar rumah tersebut.
Jirannya, Liu berumur 57 tahun antara yang terkesan dengan tindakan lelaki itu apabila lantainya akan basah setiap kali Huang memasang penyaman udara.
“Kami terpaksa mop lantai tiga kali sehari.”
Rupanya pemilik hidap penyakit kanser hati
Kedengaran mungkin tidak masuk akal tetapi Huang memberitahu bahawa dia melakukan tindakan sedemikian kerana telah mengalami penyakit kanser hati pada tahun 2021 dan ingin kekal sejuk untuk pulihkan imuniti badannya.
“Saya sebenarnya takut dengan sejuk juga, tapi demi keselesaan saya, saya tiada pilihan.”
Huang juga difahamkan telah menjual rumahnya untuk rawatan kanser dan telah menyewa di apartmen Sengkang beberapa bulan yang lepas.
Dia juga telah membayar bil sebanyak 10,300 dolar Singapura (RM32,900) sebulan bagi sembilan unit penyaman udara itu.
Disebabkan pihak pengurusan menerima banyak aduan mengenai lelaki itu, Huang akhirnya mengalah dan berpindah keluar dari apartmen itu sejak minggu lalu. Dilaporkan dia juga turut membawa sebanyak lapan unit penyaman udara untuk berpindah ke rumah baharu.
“Hendak pasang pennyaman di rumah baharu sudah tentu melibatkan kos yang banyak, tetapi saya tidak kisah asalkan dapat hidup dengan selesa.”
Sejuk habis..Kalau min mesti dah berlapis-lapis baju pakai dalam rumah tu!