in

Lelaki Seret Kucing Atas Jalan Sambil Menunggang Motor, Dipercayai Kucing Milik Jiran?

Cover 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah seperti satu kebiasaan pula, pada setiap bulan pasti ada sahaja berita yang dilaporkan di media sosial melibatkan kezaliman terhadap haiwan oleh manusia kejam.



Baru-baru ini, kecoh apabila tular sebuah video di media sosial berkenaan seekor kucing yang diseret secara kejam oleh seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

1 2

Apa yang menyayat hati di dalam video tersebut adalah kucing itu diseret sepanjang berpuluh-puluh meter di atas jalan tar. Jelas kelihatan kucing itu meronta-ronta untuk melarikan diri, namun kakinya seperti sudah diikat atau tersangkut pada jaring.

3 2

4 3

Video ini turut dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) menerusi Facebook. Kejadian menyayat hati ini dipercayai berlaku di Langkap, Perak berdasarkan lokasi kejadian dan dialek percakapan si perakam.

Difahamkan, kucing malang tersebut adalah milik jiran pelaku. Punca kejadian masih lagi tidak dapat dikenal pasti. Namun, PHM menegaskan apa pun alasan pelaku tidak boleh menjadi tiket untuk dia membuat kekejaman terhadap haiwan.

PHM turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian agar tampil melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak.

 

BACA: Kejam! 3 Remaja Campak Kucing Ke Lombong Dicari Persatuan Haiwan Malaysia

Cover New

Sumber: PHM
Sumber: PHM
Sumber: PHM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.