in

Lelaki Pijak dan Pukul Anak Dengan Penyodok Pasir Kerana Nasi yang Dimasak Hangus

Pukul Anak 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap anak mendambakan kasih sayang sepenuhnya dari ibu dan bapa mereka. Namun, bagi dua beradik ini, mereka bukan sahaja tidak dikasihi tetapi juga tidak dilayan dengan baik dan dikasari oleh bapa kandung sendiri.


Menurut Harian Metro, seorang lelaki telah memijak dan memukul anaknya menggunakan penyodok pasir hanya kerana membiarkan nasi yang dimasak hangus. Sebab tu je?!

Kejadian malang yang berlaku jam 6 petang, Sabtu lalu itu didedahkan ibu kandung kedua-dua mangsa yang mendakwa mereka dipukul teruk oleh suaminya yang tinggal di Kunak, Sabah.

Pukul 1 1
sumber: harian metro

Jumatiah Jahud bekerja sebagai tukang cuci kedai di Kuala Lumpur sementara dua daripada tiga anaknya itu dijaga oleh suaminya di Sabah.

Wanita berusia 34 tahun itu dikatakan menerima mesej di Whatsapp daripada anak saudara yang menjadi saksi anaknya dipukul di kediaman mereka di Sabah. Bukan itu sahaja, menurut Jumatiah, anaknya juga turut dipaksa menjual sayur oleh suaminya.

“Anak perempuan saya yang berusia 12 tahun dipukul seluruh tubuh badannya manakala anak lelaki berusia sembilan tahun dipukul dengan penyodok pasir sehingga lebam.”

Bimbang dengan keselamatan mangsa, anak saudara Jumatiah telah meminta kerjasama pihak sekolah untuk membawa mereka ke Balai Polis Daerah Kunak sebelum dirujuk kepada pihak perubatan bagi menjalani pemeriksaan.

Pukul 2 1
sumber: harian metro

Menurutnya lagi, dia telah menfailkan tuntutan cerai sejak tahun 2013 namun kes itu masih belum selesai kerana suaminya enggan hadir ke mahkamah menjatuhkan talak. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan namun kes itu telah dirujuk ke Kunak, Sabah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 323 KK kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

“Saksi kejadian iaitu sepupu kepada kedua mangsa sudah diambil keterangan dan pihak perubatan mengesahkan terdapat kesan calar di pipi, lebam di paha kanan dan betis kiri akibat dipukul penyodok pasir.”

Ish sampainya lah hati dia kasari anak sampai macam tu sekali. Mana pergi perasaan sayang?

Baca: Gara-gara Tidak Diberikan Wang Untuk Beli Dadah, Penagih Pukul Isteri Dan Anak di Pasar Tani

Pukul 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.