in

Lelaki Pertama Didakwa Akta Anti-Menghendap Mengaku Bersalah ‘Stalk’ Jurufoto Wanita

Stalker Mengaku Bersalah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa bulan lalu, kecoh diperkatakan mengenai kes seorang jurufoto wanita, Acacia Diana yang diganggu oleh seorang lelaki secara maya sehingga mengancam keselamatannya selama 8 tahun.

Lelaki itu akhirnya telah pun ditangkap sekali gus menjadi individu pertama yang didakwa di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah menghendap (stalking).


Menerusi perkembangan terkini, lelaki yang juga bekas pereka sambilan membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan mengganggu jurufoto wanita itu menerusi aplikasi X di Mahkamah Majistret hari ini.

Artikel berkaitan: Lelaki Didakwa ‘Hendap’ Wanita Selama 8 Tahun Diarah Jalani Rawatan Mental Di Hospital Hulu Kinta

Artikel berkaitan: ‘Stalker’ Ganggu Wanita Selama 8 Tahun Jadi Individu Pertama Didakwa Bawah Akta Anti-Menghendap

Tertuduh, Mohamad Safiq Rosli, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Whatsapp Image 2023 12 15 At 3.35.20 Pm

Majistret menerima pengakuan salah tertuduh selepas dapatan laporan perubatan menyatakan Mohamad Safiq layak dibicarakan dan membuat pengakuan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan akaun Twitter @sopert99 telah secara berulang mengganggu Acacia Mardiana Daud, 31, di akaun Twitter @ShaFoShizzle.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di antara 1.40 pagi 15 Julai dan 5.58 petang 21 Julai lepas sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Lelaki itu boleh dihukum mengikut Seksyen 507A(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, dia mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk merujuk tertuduh ke Unit Forensik Psikiatri di Hospital Ulu Kinta bagi pemerhatian.

Mahkamah menetapkan 19 Disember ini untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.