in

‘Lelaki Paling Cantik’ Nak Masuk Stadium Kena Tahan Polis, Minta Tunjuk IC Sebab Keliru Jantina

Lelaki Pengkid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar selfie pemuda ni viral beberapa hari lepas dan digelar ‘lelaki paling cantik’ oleh warga Twitter disebabkan wajah ‘menawan’ yang dimiliki. Siap ada yang cadangkan tuan empunya badan, Abdussalam Firdaus, 22, untuk simpan misai dan janggut, so that orang tak keliru dengan jantina dia.


Lelaki Paling Cantik
sumber: twitter
Lelaki Feminin
sumber: twitter

Bukan apa, perkara tu dikatakan selalu sangat terjadi di mana ramai selalu keliru dan salah anggap dia sebagai perempuan. Menurut mStar, bukan setakat netizen biasa tapi polis pun tak percaya yang pemuda berusia 22 tahun ni adalah lelaki.

“Semasa saya nak masuk stadium tu pun, polis tak percaya saya lelaki dan meminta saya tunjukkan kad pengenalan.

“Saya perlu buktikan jantina kerana polis lelaki perlu lakukan pemeriksaan tubuh ke atas penyokong lelaki bagi tujuan keselamatan dan polis wanita pula akan memeriksa penyokong wanita.”

Lelaki 2

Lelaki 1
sumber: twitter

Tapi, rupa-rupanya sebelum ni pelajar tahun dua ijazah sarjana muda perniagaan dari Universiti Kuala Lumpur tu pernah berambut pendek tapi orang salah anggap juga dia sebagai ‘pengkid’.

Disebabkan ‘kecantikan’ wajah dimiliki, kata dia ada juga kaum Adam atau lebih femes dipanggil warga ‘kunyit’ yang sukakan dia. Namun, Abdussalam menegaskan yang dia adalah lelaki sejati dan hanya akan menjalinkan hubungan dengan kaum Hawa.

Lelaki 3
sumber: twitter

Meskipun selalu disalah anggap, anak muda ni kata dia tak pernah ambil hati atau sentap dengan gelaran yang diberi selain bersyukur dengan wajah yang dikurniakan olehNya.

Cantik weh! Admin pun insecure tengok, senyuman dia lagi manis dari aku oooiiii…

Baca: “I dilahirkan lembut…Salah ke lelaki lembut wujud? Pakai macam perempuan?”

Kk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.