Sebagai pekerja atau kakitangan sesebuah syarikat, antara perkara yang membuatkan kita gembira ialah pemberian bonus atau apa-apa imbuhan yang menguntungkan.
Tular di media China baru-baru ini, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat di Shenzhen telah memenangi cabutan bertuah cuti bergaji selama setahun ketika acara makan malam tahunan syarikatnya.
Menerusi video tular yang dimuat naik dari Weibo, pekerja lelaki itu dilaporkan memegang jawatan pengurusan, dilihat memegang replika ‘cuti bergaji 365 hari’.
Acara makan malam tahunan syarikat itu diadakan setelah tiga tahun ditunda akibat Covid-19 sebagai cara untuk menghilangkan tekanan para pekerja.
Difahamkan, acara makan malam itu hanya menyediakan satu hadiah utama iaitu hadiah percutian berbayar tahunan, manakala hadiah bagi cabutan bertuah yang lain hanya berupa hadiah yang biasa.
Seorang wanita menjelaskan tentang video itu mengatakan bahawa syarikat terbabit memberikan dua pilihan kepada pemenang.
Pilihan yang pertama terima bayaran penuh secara tunai manakala pilihan kedua pula gunakan tawaran tersebut. Katanya, ketua mereka juga terkejut mendapati seorang pekerjanya memenangi hadiah itu.
Kisah pekerja bertuah itu telah meraih perhatian seluruh China, rata-ratanya berharap dapat bekerja di syarikat itu dengan bertanyakan sama ada masih ada kekosongan.
Dalam pada itu, ramai yang mencadangkan agar lelaki itu mendapatkan wang tunai separuh daripada 365 hari berkenaan, kemudian separuh lagi dihabiskan untuk bercuti.
Wah, bertuahnya!
Baca: Durian Runtuh! Pekerja Evergreen Terima Lagi Bonus 11 Bulan Gaji