in

Lelaki Maut Dalam Keadaan Separuh Bogel Lepas Terjatuh Dari Tingkat Atas Shopping Mall Di KL

Melawati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian ini berlaku semalam 21 September 2020 di salah satu pusat membeli belah dimana ada seorang lelaki 42 tahun terjatuh dari tingkat atas bangunan dan meninggal dunia.


Menurut Oriental Daily, kejadian itu dikatakan berlaku pada 11 malam Ahad lepas. Mangsa ditemui dalam keadaan tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek.

Od Od2

Pengarah Daerah Polis Ampang Jaya, Asistn Superintenden Polis (ASP) Noazmi mengatakan bahawa pihak polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada pengawal keselamatan dari mall tersebut.

Katanya lagi, hasil bedah siasat mendapati lelaki tersebut mengalami kecederaan dalaman parah akibat terjatuh dari bangunan tersebut.

Ketika ditemui mangsa memakai seluar pendek dan tak berbaju, kepalanya berlumuran darah dan kedua-dua belah tangannya patah”

Biarpun belum dikenalpasti punca, namun selepas beberapa siasatan dijalankan, polis mengesahkan bahawa tiada sebarang unsur jenayah terlibat dalam hal ini. Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

 

Baca : [Video] Menakutkan! Detik Cemas 21 Buah Kereta ‘Ditelan’ Bumi, Gara-gara Tanah Runtuh Depan Shopping Mall

Mall

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.