in

[Video] Menakutkan! Detik Cemas 21 Buah Kereta ‘Ditelan’ Bumi, Gara-gara Tanah Runtuh Depan Shopping Mall

Gambar Hiasan 2 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bencana alam sangat sukar untuk dijangka dan kadang kala impak daripada bencana itu boleh menjadi sangat menyeramkan. Terbaru kejadian yang seram dan mengerikan berjaya dirakam di daerah Yibin, China  apabila tanah disitu runtuh dan ‘menelan’ sebanyak 21 buah kereta yang berada di kawasan itu.


Menurut Daily Mail, jalan seluas 500 meter persegi itu telah runtuh dan punca kejadian sedang disiasat. Pihak berkuasa turut mengatakan bahawa tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan di dalam kejadian itu yang berlaku tepat pada tengah malam Rabu lalu.

 

Rakaman yang dikeluarkan oleh stesen TV wilayah SCTV itu menunjukkan kenderaan yang diparkir ‘menghilang’ di dalam lubang jalan tersebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku di luar sebuah pusat membeli-belah di Cuibai Avenue di Yibin iaitu sebuah bandar raya yang mempunyai penduduk sekitar 5.5 juta orang.

32175464 8647013 Image A 9 1597923968371

32175462 8647013 Image A 10 1597923999716

Pasukan penyelamat dilaporkan telah dihantar mencari mangsa yang mungkin berada di situ, namun tiada sesiapa yang ditemui tercedera dalam kejadian itu.

Pihak berkuasa turut mengatakan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan lebih lanjut mengenai punca kejadian itu.

Dalam pada itu, wilayah Sichuan telah dilanda hujan lebat pada bulan ini. Air banjir telah mencapai hujung kaki Buddha Raksasa Leshan yang terkenal berhampiran Yibin pada Rabu lalu untuk pertama kalinya dalam 70 tahun.

 

Baca: Lepas Covid-19, China Termasuk Wuhan Dilanda Banjir Teruk

A 1 10

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.