in

Lelaki Kantoi Nak Pecah Masuk Sebab Nyanyi Sekuat Hati, Tapi Selamba Tak Lari Walaupun Dirakam

Pencuri Selamba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Kantoi Nak Pecah Masuk Sebab Nyanyi Sekuat Hati, Tapi Selamba Tak Lari Walaupun Dirakam
Loading
/

Dah kantoi pun selamba lagi nak teruskan niat pecah rumah orang!


Baru-baru ni, seorang lelaki cuba pecah masuk sebuah rumah tetapi tanpa dia ketahui sebenarnya penghuni rumah ada di dalam pada ketika tu.

Kejadian berlaku di sebuah rumah teres dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5 Disember kira-kira jam 1.30 petang. Menurut WORLD OF BUZZ, pemilik rumah pada ketika tu ada di kediaman tersebut bersama seorang rakan.

Pencuri

Curi 3

Tiba-tiba lelaki yang berpakaian macam ‘mamat delivery’ tu cuba pecah masuk rumah dia. Taktik lelaki ni, dia akan menyanyi kuat-kuat (sebab selalunya pencuri akan buat kerja senyap-senyap). Kononnya mengikut logik akal lelaki tu, mangsa takkan sangka yang rumah dia dimasuki pencuri. Macam tu pulak eh?

Malangnya, kerja jahat dia kantoi sebab tuan rumah tu ingat jiran yang tengah menyanyi. Lepas tu, tiba-tiba wanita tu teringat yang jiran dia tak ada di rumah. So, dia pun terus bergegas ke ruang tamu untuk tengok dan masa itulah dia nampak tangan lelaki tu tengah meraba-raba mencari tombol pintu daripada tingkat yang terbuka.

Lepas dia nampak perbuatan lelaki tu, dia terus kunci pintu dan telefon polis. Walaupun dah suruh dia pergi, lelaki tu tetap selamba berdiri depan pintu rumah.

Apa kamu buat? Pergi!”

Ketika disoal siasat oleh polis pun, lelaki tu dikatakan masih boleh tersengih dan sempat menipu dengan berkata dia merupakan penghantar surat. Lepas tu, polis terus bawa dia ke balai polis.

Curi 4

Tapi, masa nak gerak daripada rumah wanita tersebut, lelaki tu siap pandang dan senyum sinis lagi! Tengah khayal baru lepas amik dadah lah tu agaknya?

Harapnya dia tak terlepas macam tu jela kan. Kalau tak dihukum, selagi tu depa berani buat kerja jahat! Korang jangan lupa kunci pintu walaupun ada dekat rumah tau!

Baca: Lelaki Kantoi Cuba Mencuri Tak Takut Gambar Diambil, Tak Malu Mengaku Itu Kereta Sendiri

Jop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.