Saat para isteri lain bersedih apabila dapat tahu dimadukan, lain pula yang terjadi kepada individu ini.
Mempunyai dua isteri dan isteri kedua kini sedang sarat hamil, kedua-dua suri hati si suami ini dengan gembira menerima kehadiran madu ketiga. Video majlis perkahwinan ini telah dikongsikan oleh seorang jurusolek dari Indonesia.
Kahwin kali ketiga dapat restu daripada kedua-dua isteri
@mifth_makeup Yg lg viral #poligami
Menurut sumber Wolipop, isteri ketiga, Alqia Zahra, 20 menyatakan bahawa dia mengenali suaminya secara tidak sengaja.
“Pada 6 Disember 2022, kami bertemu secara tidak sengaja dan kebetulan suami mengenali bapa saya.”
“Pada awalnya, dia bergurau mengenai hasrat menjadikan saya isteri ketiga, namun ternyata memang kami berjodoh”.
@mifth_makeup Membalas @Imoenk89 cantik cantik kan #GenshinImpact34 #poligami
♬ Dj Viral Ingin Ku Teriak Bilang I Love You – MR STRONG CSS
Dalam pada itu, Alqia turut menyatakan bahawa dia mendapat restu daripada kedua-dua madunya. Malah sumber turut melaporkan bahawa isteri kedua suami Alqia itu kini sedang hamil 6 bulan. Malah, dia kagum dengan kesabaran serta personaliti mereka.
“Madu-madu saya ternyata orang yang amat penyabar, apatah lagi isteri pertama. Entah bagaimana yang boleh membuatkan dia mempunyai rasa sesabar itu.”
“Isteri kedua pula kini sedang hamil, namun dia tetap sabar dan baik hati. Mereka semua orang hebat.”
Selain itu, suami kepada ketiga-tiga isteri tersebut, Lutvi Seftia Rahmat, 21 menyatakan bahawa dia sudah mendapat keizinan daripada isterinya untuk bernikah lagi.
Baca : Azhar Sulaiman Terbuka Kalau Leona Hendak Hidup Bermadu, Tapi Kena Ikut 4 Syarat Ni

