in

Lelaki Jual Perabot Ibu Demi Beli Hadiah Kepada ‘Girlfriend’, Atap Rumah Pun Jadi ‘Mangsa’

Hadiah Girlfriend

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, cinta itu membutakan. Sebab itulah ada orang yang sanggup melakukan apa sahaja demi kekasih hati. Walaupun benda yang dibuat tu boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.


Lapor  AsiaOne, akibat kemaruk cinta, seorang lelaki tergamak menjual perabot rumah milik ibunya bagi mendapatkan wang demi membeli hadiah buat kekasih hati. Sampaikan bumbung rumah pun dia cabut untuk dijual!

Man Handcuffs E1638064521749
Gambar hiasan

Berasal dari Yogyakarta, Indonesia, lelaki yang berusia 24 tahun itu diberkas polis pada Rabu lalu selepas kegiatannya menjual segala perabot milik ibunya diketahui wanita itu yang terus melaporkan hal terbabit kepada pihak berkuasa.

Menurut laporan media tempatan, lelaki yang tak didedahkan identitinya itu mengaku mula menjual perabot di dalam rumah keluarganya pada pertengahan Oktober lalu. Dia yang bekerja sebagai pembawa ojek itu memperoleh gaji harian sebanyak 50,000 hingga 100,000 rupiah (sekitar RM14.70-RM29.41). Namun, wang itu tidak cukup untuk menggembirakan hati pasangannya.

Disebabkan itu, dia mula menjual beberapa perabot di dalam rumah keluarganya dan berjaya mengumpul wang kira-kira 24 juta rupiah (sekitar RM7,057.79). Difahamkan, kebanyakan wang yang diperoleh hasil menjual perabot rumah itu dihabiskan dengan membeli barangan atau makanan buat kekasihnya.

201202123520 Gifts Under 50 Lead Scaled E1638063769953
Gambar hiasan

“Saya beri dia (kekasih) barangan secara terus. Kadangkala, saya beri dia makanan, tas tangan atau baju. Saya buat ini semua demi cinta,” katanya.

Untuk info, lelaki terbabit pertama kali bertemu kekasih hatinya itu kira-kira sebulan lalu ketika wanita berkenaan memesan ojek untuk membawanya ke Yogyakarta. Kebetulan pula, pemandu ojek wanita berkenaan pada hari itu adalah lelaki berkenaan.

Tapi, macam mana dia boleh jual semua perabot tu? Takkan family dia tak perasan langsung?

Haa… kalau korang nak tahu, masa lelaki ni giat menjual perabot rumah untuk membahagiakan kekasihnya, ibu lelaki ini dah dua bulan tak berada di rumah, berkemungkinan atas faktor kerja kerana ibunya bekerja sebagai pembantu rumah.

Indonesian Woman Reports Son To Police For Selling Furniture Roof To Fund Dates With Girlfriend E1638063525126

Wanita berusia 53 tahun itu pulang semula ke rumah pada awal November lalu dan menangkap sendiri anaknya cuba menjual atap rumah yang sudah dirobohkannya.

Berang dengan tindakan anaknya itu, si ibu terus melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa tempatan yang membawa kepada penahanan lelaki terbabit.

Menurut sumber, teman wanita lelaki berkenaan yang tinggal di Jawa Timur masih tidak mengetahui bahawa lelaki terbabit sudah ditahan polis.

Sumber: AsiaOne

Baca: “5 tahun kejar” – [VIDEO] Wanita Melutut Depan Lelaki Di Tempat Awam, Rayu Supaya Berhenti Dari ‘Mencintainya’

Collage 44 E1638061945378

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.