Turki adalah sebuah negara yang terkenal dengan sifat penyayang rakyatnya terhadap kucing. Malah, masyarakat di sana pernah membina tugu untuk kucing yang sering berjaga di sebuah tangga sebagai tanda penghargaan buat pemergian kucing itu.
statue of #tombili the cat in Turkey pic.twitter.com/3bap2NOHgg
— Sara (@swtharvestmoon) June 10, 2020
Baru-baru ini, masyarakat Turki digemparkan dengan kejadian seorang lelaki yang ditangkap kerana telah membunuh dan memakan kucing sebagai santapan harian.
Menurut pihak polis, lelaki berbangsa Jepun ini berumur awal 30-an dan menetap di Istanbul. Dia telah ditahan pada 14 Jun lepas selepas seorang penduduk melihat dia membawa 5 ekor kucing ke dalam rumahnya.
Sejurus melihat tindak-tanduk lelaki ini yang mencurigakan, individu tersebut melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Lelaki Jepun tersebut didenda sebanyak 130,000 yen (RM 4,884.07) selepas dia mengaku bersalah membunuh dan memakan kucing liar yang ditangkap di sekitar kawasan perumahan.
Lelaki tersebut kini sedang ditahan dan dalam proses untuk dihantar semula ke negara asal.
Sumber: Soranews
BACA: Lelaki Terkejut Rumah Banjir Lepas Bangun Tidur, Rupa-Rupanya Kucing Buka Paip